Ahad, 22 Mac 2015

Buat Pasport di Kuala selangor

Akhirnya dapat juga buat pasport.Kenapa kalut sangat nak buat pasport ni?Semuanya gara-gara dah dapat lampu hijau untuk ikuti rombongan kak kiah ke Vietnam sempena cuti Hari Pekerja nanti.Akak yang uruskan rombongan tu dah hantar mesej supaya hantar borang ke luar negara secepat mungkin kepada kerani sekolah,nak tak nak terpaksalah percepat uruskan pasport.
Hari Rabu,tanpa dirancang dari awal,urusan membuat pasport dilakukan di Kuala Selangor.
Pada mulanya memang nak ke Shah Alam juga kerana terasa jauhnya nak ke Kuala Selangor tu tapi bila jalan nak ke Shah Alam dah sesak walaupun baru 10 minit perjalanan.Mulalah saya menukar haluan.Jam 8 pagi menghala ke Kuala Selangor dan 45 minit kemudian dah sampai di PKNS tanpa melalui LATAR pun.Bila masuk ke pejabat Pendaftaran,ramainya orang kerana pejabat pendaftaran tu beroperasi untuk 2 urusan iaitu membuat kad pengenalan dan pasport.Agak sesak ruang pejabat tu dan saya mendapat nombor yang ke-59,lagi 43 orang untuk sampai 
giliran.Sejam lebih juga menunggu barulah nombor giliran dipanggil.Urusan agak mudah kerana proses merakam gambar dibuat di situ juga.
Di sini hanya menyediakan 4 kaunter saja tapi hanya 2 saja untuk urusan membuat pasport kerana satu kaunter digunakan untuk ambil nombot giliran dan dapatkan pasport yang telah siap diproses.Satu lagi kaunter untuk bayaran pasport.
Proses 1:Ambil borang,isi dan baru dapat nombor giliran.Jika nak cepat,ambil dan isi dulu borang,bila sampai di kaunter ni terus tunjukkan borang yang dah diisi,nombor giliran diberikan.Jika tidak pasti ketinggian,tempat untuk mengukur ketinggian disediakan tapi saya belasah saja ketinggian saya yang tak berapa nak tinggi ni.



Tempoh 2 tahun sudah dihapuskan,hanya ada 5 tahun saja.Hanya perlu bawa kad pengenalan saja.Kad pengenalan sementara juga diterima..

 Proses 2;Bila nombor giliran dipanggil, proses untuk membuat pasport sudah bermula.Tunjukkan kad pengenalan,semua maklumat dapat diproses.di situ juga tempat ambil gambar.Hanya pusing badan dan betulkan kedudukan saja,gambar dah siap.Pakailah tudung yang berwarna gelap.Jika pakai tudung berwarna cerah,kemungkinan kena tukar tudung hitam yang disediakan pula.Lagi lambat prosesnya.

Proses 3:Tunggu giliran untuk proses pembayaran pula.Saya mengambil masa hampir 20 minit selepas permohonan dibuat baru nombor dipanggil.Bila dah buat pembayaran,dalam masa sejam,pasport akan siap.Dalam masa inilah saya pergi makan.


Proses 4:Mengambil pasport yang telah siap diproses.Tak sampai sejam pun pasport saya dah siap.Kena bertanya di kaunter untuk ambil nombor.Dah dapat pasport,bolehlah balik.Hampir jam 12 tengah hari juga baru siap sepenuhnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan