Jumaat, 26 April 2013

Dua Minggu Yang Sibuk

Agenda Jumaat lepas:
Minggu ni agak kalut.Tak pasti pula sebabnya sama ada tak pandai urus masa atau memang banyak kerja.Dua hari terbungkam,tidur lena hingga pagi.Rancangan mengajar dicetak pada waktu pagi,baju diseterika pada waktu pagi juga.Lebih teruk lagi apabila baju yang dibasuh tak sempat dijemur walaupun di dalam rumah,makanya terpaksa dibasuh sekali lagi.
Hari ni yang merupakan penutup hari pun berlalu dengan banyak aktiviti kerana terpaksa balik lambat.Lepas subuh sudah bertolak kerana tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalulintas dalam taman perumahan.Fenomena biasa apabila jalan sesak untuk keluar kerja pada awal pagi,tetapi sangat membuang masa kerana masa untuk ke tempat kerja yang sepatutnya 25 minit bagi saya menjadi 40 minit lebih.Sebelum bertolak,otak dah mula berfikir-fikir macam manalah nak susun aktiviti hari ni kerana banyak perkara yang nak dibuat:uruskan SPBT,uruskan juga mengenai mural KPJ(Kelab Pencegahan Jenayah),uruskan buku-buku semakan.Moga-moga dipermudahkan kerana jadual agak padat hari ini.Rehat hanya dua masa saja sedangkan kelas ada 6 masa.Nasib baiklah bahan-bahan untuk p&p telah ada,jimatlah masa.
Sampai saja di sekolah,terus atur langkah.Aktiviti bacaan Yassin dan tazkirah di Dataran Ilmu tidak diikuti,namun masih boleh didengar di bilik guru.Terserlah kejahilan pada pagi Jumaat ni.Nauzubillah,jangan diteruskan sikap ini!Perut dah mula berkeroncong tetapi masa kedua sudah ada kelas.Lepas kelas nanti pada masa keempat barulah ke kantin.Balik dari kelas 3 K,sudah ada satu bungkus plastik nasi beriani di atas meja kerana sedekah daripada guru-guru atas kejayaan anak-anak mereka yang baru mendapat keputusan  SPM baru-baru ini.Syukurnya,tak perlulah menapak ke kantin.Nasi beriani tu buat diri kenyang hingga petang.

Agenda Minggu Ini:
Bermula dari hari Isnin,kesibukan belum habis,malah baru bermula kerana dinding untuk mural baru dicat.Agak lambat perkembangan mural ni.Rimas dengan gelagat pelajar sekarang yang tidak serius dalam pelajaran dan koko, tapi sabar sajalah.
Kertas soalan belum dijengok lagi.Apa cerita ni?Peperiksaan akan bermula pada 29 hb ni.Nasib baiklah dua orang yang buat soalan,taklah terasa berat nak stepler 500 lebih kertas peperiksaan.Nak mengurus soalan ni pun sudah memakan masa berjam-jam.Memandangkan agak sibuk,cuba untuk mendobi supaya tidak kelam kabut bila hujung minggu kerana hari Sabtu sekolah lagi.Sekolah ganti sempena cuti Tahun Baharu Cina dulu.Hari Selasa baru berkesempatan menstepler kertas soalan BM.Petangnya,ada latihan rumah sukan.Asyik balik lambat saja mengalahkan orang yang bekerja pejabat.Nasiblah badan..
Dalam pada sibuk melihat perkembangan mural,cuba untuk selesaikan buku-buku semakan.Alhamdulillah,hampir lega apabila hanya tinggal sekelas lagi pelajar yang malas nak menghantar buku.

Agenda Hari Ini:
Pagi tadi,seawal jam 5 pagi saya mendapat pesan sms daripada salah seorang pelajar yang membuat mural KPJ.Katanya gambar mural mesti ditukar.Kecut perut membacanya kerana minggu depan mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Selesai bacaan Yassin,mereka sudah bersedia untuk meneruskan mural.Sempat juga lari-lari menjengok mereka melukis tapi itupun sekejap sahaja kerana jadual hari Jumaat agak padat.Hanya dua masa saja tiada kelas. Tamat kelas,sempat jengok lagi sebelum mereka balik.Mural hanya sempat buat sedikit sahaja.Bila petang,hujan sudah turun.Dalam hati sahaja mengeluh,moga ada hikmah di sebaliknya.Esok,sambung lagi.


Selasa, 16 April 2013

Berkenan dengan Kiub Kreatif Pula...

Pertengahan bulan April ni agak sibuk kerana masa inilah nak menyiapkan soalan pertengahan tahun,menghantar buku-buku latihan untuk semakan pentadbir,menyiapkan mural (KPJ) yang banyak ceritanya, menyiapkan kerja SPBT dan menyiapkan folio sejarah tingkatan 3.Kesibukan tersebut menyebabkan diri makin stress,tetapi saya nak juga berkongsi cerita tentang kiub kreatif ni.
Sudah lama saya mencari kiub kreatif seperti ini.Ada terbaca dalam majalah dekorasi tetapi tidak dinyatakan kedainya pula.Satu hari,adik saya yang tinggal di Kuala Terengganu tetapi suka membeli-belah di Kuala Lumpur ada menyatakan kiub kreatif seperti itu ada dijual di Sungai Buloh.Wow...itu berita baik.
Walaupun dinding rumah sudah penuh dengan hiasan,saya nak juga beli kiub ni kerana sudah bosan dengan hiasan di ruang makan.Disebabkan kesibukan dan malas nak ke deretan kedai di MK Sungai Buloh,maka agak lama hasrat nak meninjau kiub ni terbantut.Hari Sabtu lepas,misi ini berjaya dilaksanakan.
Pada mulanya agak sukar nak mencari kedai yang menjual kiub kreatif kerana apabila ditinjau,tiada pula kedai dekorasi di deretan KFC.Dua kali meninjau,akhirnya barulah jumpa di kedai cat Dulux.Nama kedai cat tetapi menjual aksesori bilik mandi dan ada satu ruangan kecil untuk peragaan kiub kreatif.Memang pelik kedai ni.Disebabkan saya pergi tanpa merancang untuk membeli kerana sekadar nak meninjau sahaja, maka saya mengambil masa yang agak lama untuk memilih.Akhirnya, saya membeli rak buku untuk diletakkan di tingkat atas.



 rama-rama ini juga dibeli.harga asal RM48 tetapi telah mendapat diskaun,hanya RM 39 saja.


tiada idea sebenarnya nak peragakan rak ini sebenarnya tetapi agak tertarik dengan rak ini masa ke kedai tempoh hari.peraga cara ini pun cantik.RM 118 tetapi telah didiskaunkan,hanya RM 95.dua set disediakan dengan 4 pilihan warna iaitu merah,putih,hitam dan beige(kuning air).saya pilih merah kerana gagal menjaga barang warna cerah.

Isnin, 15 April 2013

22 TEKNIK BAIK MENDIDIK ANAK-ANAK



1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya Anugerah Allah yang Terindah.

Ketika Basuh Beras...


Rabu, 10 April 2013

Tentang Guru

Sekadar perkongsian yang dipetik daripada fb.

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…

A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…
biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah
jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan menghormati jasa guru-guru.


Hari Sabtu berkerja lagi kerana Hari Anugerah Cemerlang.Kerja telah selesai kerana saya diberi tugas untuk mencari nama pelajar yang cemerlang tetapi perlu datang juga kerana program sekolah.

Isnin, 8 April 2013

Rumah Hijau

Hijau ialah warna kegemaran saya.Apabila membelek majalah lama,terjumpa dekorasi seperti ini.Seluruh rumah dicat hijau.Menarik?Terpulanglah kepada individu.Jika sudah suka,tak perlu mendengar cakap-cakap orang.






Ahad, 7 April 2013

Deko Laman Depan rumah

Sukarnya nak mencari gambar dalam internet yang memaparkan laman depan rumah secara keseluruhannya seperti gambar yang tidak dicantumkan  ini.Makanya,telefon bimbit samsung pula yang mengambil peranan merakam gambar dalam majalah.








Cadar Quilt OLI:Ada Berani?

Ini sebenarnya cadar tetapi disebabkan teruja nampak cantik,maka saya membuat alas di tempat menonton.Melihat warnanya sangat putih dan bersih,maka saya mula berfikir,tak bimbangkah cepat kotor?
Memang tak berani nak letak cadar tu untuk buat alas lama-lama di tempat menonton kerana:
1.bimbang akan cepat kotor
2.bahaya untuk anak-anak yang suka berlari dalam rumah

Cadar OLI (RM 140-jika jadi ahli dan RM 200 untuk bukan ahli).gara-gara melihat cadar sebegini dalam majalah,saya juga tertarik untuk membeli.Nasib baiklah warna biru dan hijau.

tak rugi beli cadar quilt ni kerana ia tak bergerak/kedut walaupun tidur lasak di atas katil...tak perlu nak betulkan katil selalu.bunyi macam malas nak kemas katil saja ni...

Selasa, 2 April 2013

Ruang Keluarga/Galeri

Seronok melihat rumah yang mempunyai satu ruang untuk meletakkan gambar keluarga sahaja seperti ini.Dah dibuat tetapi belum berpuas hati kerana banyak bingkai gambar yang dibeli masih disimpan kerana tidak ada idea untuk memeriahkan ruang menonton di tingkat atas.

Sejak hari Jumaat lalu,tiba-tiba idea datang pula nak menambah baik ruang ini.Apabila rak novel dialihkan jadi begini,banyak pula ruang yang ada untuk menggantungkan bingkai gambar.Cuma,cara nak menyusun bingkai gambar pula yang menjadi masalah.Bingkai gambar sudah dibeli,itu pun memakan masa juga kerana saya agak tertarik dengan kebanyakan bingkai yang ada.Nampaknya bingkai gambar yang ada masih tidak mencukupi.Kena merancang susun atur dahulu,baru boleh mengagak bilangan bingkai yang perlu dibeli lagi bagi penambahan ruang ini.Jika dicat ruang ni,makin menyerlah rasa-rasanya tapi saya tiada masa untuk aktiviti itu.

Isnin, 1 April 2013

Cerita Di Sebalik April Fool


Berdasarkan semakan menerusi internet, rupanya ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Sepanyol.

Ketika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol. Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day