Jumaat, 26 April 2013

Dua Minggu Yang Sibuk

Agenda Jumaat lepas:
Minggu ni agak kalut.Tak pasti pula sebabnya sama ada tak pandai urus masa atau memang banyak kerja.Dua hari terbungkam,tidur lena hingga pagi.Rancangan mengajar dicetak pada waktu pagi,baju diseterika pada waktu pagi juga.Lebih teruk lagi apabila baju yang dibasuh tak sempat dijemur walaupun di dalam rumah,makanya terpaksa dibasuh sekali lagi.
Hari ni yang merupakan penutup hari pun berlalu dengan banyak aktiviti kerana terpaksa balik lambat.Lepas subuh sudah bertolak kerana tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalulintas dalam taman perumahan.Fenomena biasa apabila jalan sesak untuk keluar kerja pada awal pagi,tetapi sangat membuang masa kerana masa untuk ke tempat kerja yang sepatutnya 25 minit bagi saya menjadi 40 minit lebih.Sebelum bertolak,otak dah mula berfikir-fikir macam manalah nak susun aktiviti hari ni kerana banyak perkara yang nak dibuat:uruskan SPBT,uruskan juga mengenai mural KPJ(Kelab Pencegahan Jenayah),uruskan buku-buku semakan.Moga-moga dipermudahkan kerana jadual agak padat hari ini.Rehat hanya dua masa saja sedangkan kelas ada 6 masa.Nasib baiklah bahan-bahan untuk p&p telah ada,jimatlah masa.
Sampai saja di sekolah,terus atur langkah.Aktiviti bacaan Yassin dan tazkirah di Dataran Ilmu tidak diikuti,namun masih boleh didengar di bilik guru.Terserlah kejahilan pada pagi Jumaat ni.Nauzubillah,jangan diteruskan sikap ini!Perut dah mula berkeroncong tetapi masa kedua sudah ada kelas.Lepas kelas nanti pada masa keempat barulah ke kantin.Balik dari kelas 3 K,sudah ada satu bungkus plastik nasi beriani di atas meja kerana sedekah daripada guru-guru atas kejayaan anak-anak mereka yang baru mendapat keputusan  SPM baru-baru ini.Syukurnya,tak perlulah menapak ke kantin.Nasi beriani tu buat diri kenyang hingga petang.

Agenda Minggu Ini:
Bermula dari hari Isnin,kesibukan belum habis,malah baru bermula kerana dinding untuk mural baru dicat.Agak lambat perkembangan mural ni.Rimas dengan gelagat pelajar sekarang yang tidak serius dalam pelajaran dan koko, tapi sabar sajalah.
Kertas soalan belum dijengok lagi.Apa cerita ni?Peperiksaan akan bermula pada 29 hb ni.Nasib baiklah dua orang yang buat soalan,taklah terasa berat nak stepler 500 lebih kertas peperiksaan.Nak mengurus soalan ni pun sudah memakan masa berjam-jam.Memandangkan agak sibuk,cuba untuk mendobi supaya tidak kelam kabut bila hujung minggu kerana hari Sabtu sekolah lagi.Sekolah ganti sempena cuti Tahun Baharu Cina dulu.Hari Selasa baru berkesempatan menstepler kertas soalan BM.Petangnya,ada latihan rumah sukan.Asyik balik lambat saja mengalahkan orang yang bekerja pejabat.Nasiblah badan..
Dalam pada sibuk melihat perkembangan mural,cuba untuk selesaikan buku-buku semakan.Alhamdulillah,hampir lega apabila hanya tinggal sekelas lagi pelajar yang malas nak menghantar buku.

Agenda Hari Ini:
Pagi tadi,seawal jam 5 pagi saya mendapat pesan sms daripada salah seorang pelajar yang membuat mural KPJ.Katanya gambar mural mesti ditukar.Kecut perut membacanya kerana minggu depan mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Selesai bacaan Yassin,mereka sudah bersedia untuk meneruskan mural.Sempat juga lari-lari menjengok mereka melukis tapi itupun sekejap sahaja kerana jadual hari Jumaat agak padat.Hanya dua masa saja tiada kelas. Tamat kelas,sempat jengok lagi sebelum mereka balik.Mural hanya sempat buat sedikit sahaja.Bila petang,hujan sudah turun.Dalam hati sahaja mengeluh,moga ada hikmah di sebaliknya.Esok,sambung lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan