Ahad, 31 Mac 2013

Bila Dinding Dapur Diketuk

Setelah makan tengah hari,kami pulang ke rumah.Sampai sahaja di rumah,elektrik tak ada.Rumah belum dikemas lagi.Pagi tadi tergesa-gesa keluar kerana bimbang tak sempat.Nak mengemas dalam keadaan tiada elektrik,mustahil kerana badan sudah penat dan panas.Disebabkan saya baru membeli jam dinding untuk diletakkan di dapur,makanya saya mula mencari paku dan tukul.Sudah ada dua buah pinggan hiasan di sudut dinding tu,tak muatlah pula nak letakkan jam.Nak tak nak,kenalah tanggalkan pinggan hiasan tu.Jika dah begitu,pinggan yang baru ditanggalkan tu tak ada tempatlah pula nak digantungkan. Entah dari mana datangnya idea,tiba-tiba saya terasa nak nak menghias dapur yang bersemak ni pula.Barang-barang hiasan yang sudah lama disimpan dicari semula.


dah lama tudung saji dan doa masuk ke dapur ni dalam simpanan,baru nampak tempat di situ agak serasi dengannya.warnapun senada saja...


tangga ada tapi lebih suka guna kerusi ni untuk panjat menggantung hiasan di bahagian atas pintu dapur.


dah lama ruang ni kosong.pernah beli bingkai gambar tapi dah lupa letak sebab lama sangat memeramnya.
bila dah jumpa,bingkai cermin dah pecah,maklumlah beli di kedai dua ringgit.tak susahpun nak samakannya.alhamdulillah,main agak2 saja, sekali ketuk saja rupa-rupanya dah sama.apabila dah nampak sama barulah paku tu diketuk dalam..

Akmal pun perasan ada kelainan di dapur.apabila dia masuk ke dapur,sibuk dia menunjukkkan hiasan yang ada di dinding dapur...
hiasan ni beli tahun lepas semasa di Kraftangan.dah tak ada tempat nak letak,sisi pintu tandas pun jadilah.

Jumaat, 29 Mac 2013

Seronok Kejar Merpati

Hari ini merupakan hari yang sangat memenatkan kerana saya hanya melelapkan mata pada jam 3 pagi setelah bertungkus lumus menyiapkan modul BM untuk minggu sebelum peperiksaan percubaan SPM.Modul ini akan digunakan sebagai bahan p&p.Memandangkan kini sudah tiga bulan persekolahan,maka beberapa contoh modul telah digunakan.Dari situ,saya telah membuat pemurnian bagi memudahkan guru menggunakannya sama ada untuk kelas depan atau tercorot.Kemudian,
sambung menyiapakn soalan BM SPM untuk peperiksaan pertengahan tahun pula.

Makanya,pada siang hari saya bertekad juga akan keluar berjalan dengan anak-anak.Akmal tidak dapat dibawa kerana saya tidak ada daya untuk mendukungnya.Akmal diletakkan di taska pada hari ini.Akmal yang sudah biasa dibawa jalan-jalan nampak gembira sahaja apabila saya bersiap-siap.Dia yang setahun lebih pun sudah faham gaya ibunya yang akan keluar rumah, inikan abang-abangnya dah besar.

Sebenarnya,saya tidaklah ke tempat yang jauh kerana lesen memandu saya hanya akan membawa ke tempat yang dekat sahaja.Tempat yang jauh belum ada keberanian untuk memandunya.Saya hanya ke Sungai Buloh sahaja untuk urusan bank.Sebenarnya saya belum berani nak memandu ke MK (nama panggilan tempat ni)kerana tempatnya selalu sibuk dan susah untuk meletakkan kenderaan.Parkirnya yang perlu dibayar juga menyebabkan saya agak keberatan nak membawa kereta ke sini.Tetapi pada hari ini,saya mesti mencuba memandu ke sini kerana di sana juga ada menyediakan parkir guna kupon di belakang bangunan tu-tak pandaipun lagi sebenarnya nak guna sistem ni.Tapi.letak macam tu saja kereta di situ.

Alhamdulillah,saya berjaya.Pertama kali pergi,saya masuk lorong yang salah menyebabkan terhimpit dalam kesesakan lalu lintas.Kali ini,saya mula belajar untuk menangani jalan yang sempit ini.Apabila sampai di tempat letak kereta,sekumpulan merpati singgah kerana baui diberi makan oleh dua orang lelaki.Seronok Ammar dan Adib mengejar merpati tersebut apabila ia mula terbang setelah dihampiri.

Alang-alang tempat letak kereta di belakang Kedai Hari-hari,saya singgah untuk membeli baju sekolah agama Ammar.Seluarnya telah koyak setelah dia terjatuh,maka tak cukuplah sepasang baju untuk seminggu.Belum sempat nak masuk, Adib sudah merengek untuk mendapatkan mainan.
Begitulah perangai Adib.Jika keluar rumah, memang dia nak beli mainan.Nak tak nak terpaksalah cari mainan dulu,jika tidak,semua benda tak boleh dilakukan kerana dia akan merajuk dan buat hal sepanjang perjalanan.

Setelah selesai urusan di bank,saya ke Kedai Hari-hari.Baju Melayu untuk pakaian sekolah agama yang bersaiz 28 berharga RM 27.90 dan baju sekolah rendah RM 14.90.Baju Melayu tu agak mahal berbanding di Karnival padahal kualitinya sama saja.Baju Bola Kampung juga dibeli.Pakaian dalam pun dari Bola Kmapung juga.Setelah sampai di rumah,sempat lagi saya mengetuk dinding di dapur menggantung barang-barang perhiasan di dapur sedangkan keadaan rumah pada masa itu sangat bersepah.Sehari tidak mengemas,macam tongkang pecah jadinya.

















Novel Mak Datin Isteri Cikgu

Agak lama saya tidak membaca blog penulis novel yang agak sebaya dengan saya ni.Dulu,membaca blognya menyebabkan hati terasa seronok apabila ada blog sendiri.Sedikit sebanyak saya berusaha untuk membina blog sendiri.Beberapa tahun kemudian,saya tidak dapat menjejakinya di alam maya walaupun saya ini hanyalah 'silent reader' di blognya.Apa sebabnya saya tak pasti.Hari ni saya cuba lagi walaupun sudah hampir lupa nama penanya.Macam tak percaya pula apabila dapat menjejakinya.Macam peminat misteri pula ni.Dah ada karya baru pula tu.



Sinopsis:
Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?

Misteri pula apabila difikirkan tajuk dengan jalan ceritanya semacam tidak ada kaitan.

Rabu, 27 Mac 2013

Rumah Lama(2)

Rumah teres dua tingkat yang mempunyai dua bilik ini saya sewa di Seksyen 19,Shah Alam.Mengambil kira bentuk rumah yang sama,makanya saya membuat salinan melalui internet kerana saya tidak mempunyai gambar.Pada mulanya terasa rumah ini agak besar(14' x 60') berbanding rumah flat yang dihuni sebelum ini.Apabila agak lama,(tak sampai dua tahun pun) saya mulalah terasa sudah masanya kami memiliki rumah sendiri kerana sewa rumah ini agak mahal.RM 600 tetapi hanya ada dua bilik dan satu bilik air.Jika ada saudara nak datang bermalam,memang kurang selesa.Istimewanya,rumah ini terletak depan SMK Seksyen 19.Saya hanya berjalan kaki ke sekolah tetapi jika hujan.bermasalah juga. Nasib baiklah rumah yang disewa ini telah diubahsuai oleh pemiliknya dengan menambah bahagian dapur.Dapatlah tiga ruang di bahagian bawah iaitu ruang tamu,makan dan dapur.Bahagian depan rumah,ada juga ruang untuk anak-anak bermain.

Apabila meninjau harga rumah pada awal 2007,rata-rata rumah sudah mahal berbanding di Puncak Alam dan Saujana Utama.Ada orang tidak kisah jika rumah mahal asalkan kemudahan kawasan tersebut lengkap dan dekat dengan tempat kerja.Tetapi sudah rezeki di sini, tak perlu kata apa-apa kerana Saujana Utama sekarang sudah menbangun.Semuanya ada di sini melainkan sekolah.Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang ada di sini sedangkan penduduknya makin tahun makin bertambah.

Pengalaman yang masih diingat hingga kini semasa tinggal di rumah ni:dah jam 11 malam,tiba-tiba saya terkejut kerana tersentak dengan jerkahan jiran sebelah yang memarahi anaknya.Bahayanya tinggal di rumah yang kecil sebegini.

p/s:Kekadang perlu muhasabah diri supaya aktiviti dalam rumah tidak melibatkan jiran sebelah.nak marah pun mesti berpada-pada tetapi selalu terbabas.Selalu mendengar suara jiran yang tingga di belakang rumah apabila berada di dapur tetapi tak kenalpun dia...harap2 dia pun tak kenal saya yang selalu bising dengan anak-anak...



Sabtu, 23 Mac 2013

Cara Didik Anak

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumahyang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam



Selamat Bercuti

Alhamdulillah...Seronoknya hari ini kerana sudah empat minggu berturut-turut saya bekerja pada hari Sabtu dan pada hari ini cuti sekolah sudah bermula.Makin seronok apabila markah ujian 1 sudah dimasukkan dalam sistem SAPS.Ulasan untuk kelas 3E juga sudah dibuat,makanya cuti seminggu ni bolehlah tumpukan pada hobi yang dah lama ditinggalkan.Mencabar juga tahun 2013 ni. Semua kelas yang diajar merupakan kelas yang akan menduduki peperiksaan penting,iaitu PMR dan SPM.

Ahad, 10 Mac 2013

LADAP KOKO

Semalam merupakan kali ketiga saya berkerja pada hari Sabtu.Minggu depan akan berkerja lagi kerana persekolahan ganti.Semalam merupakan LADAP Kokurikulum.Satu-satunya LADAP yang tiada sesi ceramah tetapi hanya bermain sahaja.Aktiviti dimulakan dengan senamrobik hampir sejam di Dewan Mustika.Kemudian barulah bergerak mengikut kumpulan.Pertama kali saya memegang kayu hoki.Disebabkan badan bukannya sihatpun,maka dua permainan telah saya loloskan diri iaitu bola jaring dan badminton.Aksi-aksi menarik sepanjang LADAP.



Khamis, 7 Mac 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia


Sekadar perkongsian dari sumber fb untuk sentiasa cantik dan bahagia.
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali,
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Semoga ada manfaatnya.

Ahad, 3 Mac 2013

D'Reebu Sdn Bhd - Perabot Taman

D'Reebu Sdn Bhd - Perabot Taman

Imbau Sejarah Kesultanan Sulu


Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah. Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Namun begitu "Baginda" terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah membuat perjanjian bertulis dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada SBUB tetapi dengan syarat, "Baginda" hendaklah diberi perlindungan dari ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina serta datuk "Baginda" dibayar wang pampasan oleh SBUB. Kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Dan kemudiannya SBBU telah menyerahkan negeri Sabah kepada British untuk ditadbir (ianya telah berlaku sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar "Baginda" mempunyai "hak" di Sabah, apakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan tentera Jepun jika benar "Baginda" benar2 sayangkan negeri Sabah??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri tempat dimana "Baginda" telah "Bersemayam" juga telah dijajah oleh Jepun. Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan "Baginda" di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Dan akhirnya "Baginda" terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989 akhirnya kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" mendakwa dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (SC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN BERIYA2 BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA HARUS MEMILIH WAKTU SEKARANG???