Ahad, 30 Mei 2010

Bila Nak Siap Galeri Keluarga?

Setelah dua hari berehat, hari ini saya mula dengan rutin-rutin harian.Semak dengan keadaan majalah yang semakin banyak di bahagian pintu depan,saya mula mengalihkannya ke tingkat atas.Kebanyakannya majalah Mingguan Wanita.Hanya majalah yang terbaru sahaja diletakkan di rak tingkat bawah.Mingguan Wanita masih dibeli walaupun hanya beberapa bahagian saya yang gemar saya tatap.Namun,gara-gara suka membeli,saya akan mengambil kesempatan itu untuk menghantar beberapa penyertaan yang terdapat dalam majalah tersebut.Setakat ini agak banyak penyertaan saya disiarkan dalam majalah.Timbul juga niat untuk mewujudkan galeri keluarga bagi mempamerkan cerpen,surat pembaca dan beberapa artikel di sudut tangga namun masa untuk melaksanakannya belum berkesempatan lagi.Kebetulan esok merupakan hari lahir anak saya yang kedua, hajatnya nak membeli kek untuk dipotong di taska.Setelah meninjau-ninjau kek yang ada di satu-satunya kedai kek yang ada di perumahan,hasrat tersebut terbantut kerana kek yang ada tidak memenuhi selera kami.Biasanya begitulah apabila orang Melayu berniaga,sukar memenuhi selera pelanggan.Jika dah begini,terpaksalah kami mencari kedai kek yang lain.Tapi disebabkan suami pula kurang sihat,maka niat tersebut ditangguhkan buat masa ini.

Sabtu, 29 Mei 2010

Malas dan Penat Melanda

Hari ini sudah masuk hari kedua saya bercuti,namun mood malas dan kepenatan masih melanda.Kertas peperiksaan belum disentuh lagi setelah beberapa hari tidak berkesempatan membelek-beleknya angkara ISO.Walaupun saya hanya anak bilis di sekolah,namun tenaga masih diperlukan.Pagi ini badan masih terasa letih.Sudah dua minggu saya batuk tapi belum lagi reda.Jam 11 pagi saya sudah terlena dengan anak yang kedua di ruang tamu meskipun dia masih belum mandi lagi.Tatkala itu suami sedang bertungkus lumus di dapur.Keadaan yang kurang sihat,saya tidak mampu untuk menolong suami mengemop lantai yang telah dibasahi air dari singki.Paip singki yang bocor telah sekian lama cuba dibaiki oleh suami pagi ini.Tiba-tiba paip pula bocor menyebabkan air mencurah-curah dari kabinet dapur. Saya hanya membantu menyidai kain pengelap sahaja, itupun tanpa memerah airnya kerana tidak larat.Urusan mengemop lantai dan mengemas barang-barang dalam kabinet dibuat oleh suami.Nasib baik suami tak bising. Sememangnya dia jarang-jarang sekali bising melainkan kami tiga beranak yang selalu meriuhkan rumah.Jarang-jarang sekali rumah kami sunyi kerana keletah dua anak saya tidak mengizinkan saya untuk berdiam diri.Berbeza pula dengan keadaan di rumah jiran sebelah saya. Jarang-jarang sekali sahaja kedengaran suara mereka tiga beranak.Kadang kala terasa seakan tiada orang pula di sebelah.Apa-apa pun,itulah hakikat keadaan rumah saya dan rumah jiran sebelah.

Ahad, 23 Mei 2010

Pendaftaran Matrikulasi Asasi di UiTM Puncak Alam



Tahun lepas semasa saya masih berulang alik ke Shah Alam,pembinaan kampus UiTM Puncak Alam masih dalam pembinaan.Tetapi hari ini saya berpeluang menghantar anak saudara belajar di sana.Teringatlah pula pengalaman saya semasa mula-mula mendaftar di USM bulan Mei 1998 dulu.Tawaran tersebut menjadi tiket untuk peluang hidup berdikari di rantau orang biarpun selama ini saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga.Tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan memang tidak diduga kerana saya amat mengharap untuk mendapat kursus lain.Apa-apapun tawaran itu diterima dengan hati yang terbuka, sekurang-kurangnya selepas tamat belajar, saya tidak perlu bimbang akan kerjaya yang akan saya ceburi kerana sememangnya kerjaya guru sudah menanti.Pada masa pendaftaran,hanya kakak sulung berserta keluarganya dan ayah saya sahaja yang menghantar saya ke Pulau Pinang. Kami bertolak awal dan berkesempatan bermalam di rumah abang ipar kakak bagi memudahkan urusan.

Selasa, 11 Mei 2010

Jam oh jam...

Operasi membeli jam semata-mata kerana mengelakkan telefon bimbit tertinggal di rumah.Kebiasaannya, tertinggal telefon bimbit di rumah tidak menjadi masalah tapi berlainan pula hari ni.Selepas satu jam menunggu tetapi orang yang ditunggu-tunggu tidak muncul,saya ke kedai yang berdekatan untuk membeli jam.Bilik yang digunakan untuk menyeterika pakaian pun saya letakkan jam supaya senang nak melihat waktu.Hatta dalam tandas pun ada jam supaya tidak tergesa-gesa pada waktu pagi.

Ahad, 9 Mei 2010

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Sambutan Hari Ibu Haram?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Dipetik daripada http://dakwah.org/blog/

Sabtu, 8 Mei 2010

Koleksi Terbaru Potmeirion


Ronda-ronda ke blog orang lain,berkenanlah pula dengan pinggan jenis ini. Warna hijua pulak tu,itu yang tergoda sangat.Cuba risik-risik,dapat beli juga.Melayang duit yang ada sedangkan duit kutu belum dapat lagi.

Isnin, 3 Mei 2010

Pertandingan Pantun Daerah

Gambar hanya hiasan semata-mata-Gambar yang sebenar tidak dapat dirakamkan kerana kamera meragam ketikaitu.Alahai,nasibnya...

Pengalaman sememangnya akan menjadi guru kepada kita supaya lebih mahir dalam sesuatu perkara.Pertama kali menjadi jurulatih untuk pasukan pantun sekolah semestinya tidak dapat memberi kepuasan kepada saya kerana banyak kelemahan yang perlu diperbaik.Namun,tahniah kepada peserta yang terlibat kerana berani mencuba.Kalah tidak bermakna kita akan kalah selama-lamanya.Kalah dalam pertandingan memang sudah menjadi adat,tetapi jika kalah untuk terus berusaha,itulah kalah dalam erti kata yang sebenarnya.