Sabtu, 29 Mei 2010

Malas dan Penat Melanda

Hari ini sudah masuk hari kedua saya bercuti,namun mood malas dan kepenatan masih melanda.Kertas peperiksaan belum disentuh lagi setelah beberapa hari tidak berkesempatan membelek-beleknya angkara ISO.Walaupun saya hanya anak bilis di sekolah,namun tenaga masih diperlukan.Pagi ini badan masih terasa letih.Sudah dua minggu saya batuk tapi belum lagi reda.Jam 11 pagi saya sudah terlena dengan anak yang kedua di ruang tamu meskipun dia masih belum mandi lagi.Tatkala itu suami sedang bertungkus lumus di dapur.Keadaan yang kurang sihat,saya tidak mampu untuk menolong suami mengemop lantai yang telah dibasahi air dari singki.Paip singki yang bocor telah sekian lama cuba dibaiki oleh suami pagi ini.Tiba-tiba paip pula bocor menyebabkan air mencurah-curah dari kabinet dapur. Saya hanya membantu menyidai kain pengelap sahaja, itupun tanpa memerah airnya kerana tidak larat.Urusan mengemop lantai dan mengemas barang-barang dalam kabinet dibuat oleh suami.Nasib baik suami tak bising. Sememangnya dia jarang-jarang sekali bising melainkan kami tiga beranak yang selalu meriuhkan rumah.Jarang-jarang sekali rumah kami sunyi kerana keletah dua anak saya tidak mengizinkan saya untuk berdiam diri.Berbeza pula dengan keadaan di rumah jiran sebelah saya. Jarang-jarang sekali sahaja kedengaran suara mereka tiga beranak.Kadang kala terasa seakan tiada orang pula di sebelah.Apa-apa pun,itulah hakikat keadaan rumah saya dan rumah jiran sebelah.