Ahad, 30 Mei 2010

Bila Nak Siap Galeri Keluarga?

Setelah dua hari berehat, hari ini saya mula dengan rutin-rutin harian.Semak dengan keadaan majalah yang semakin banyak di bahagian pintu depan,saya mula mengalihkannya ke tingkat atas.Kebanyakannya majalah Mingguan Wanita.Hanya majalah yang terbaru sahaja diletakkan di rak tingkat bawah.Mingguan Wanita masih dibeli walaupun hanya beberapa bahagian saya yang gemar saya tatap.Namun,gara-gara suka membeli,saya akan mengambil kesempatan itu untuk menghantar beberapa penyertaan yang terdapat dalam majalah tersebut.Setakat ini agak banyak penyertaan saya disiarkan dalam majalah.Timbul juga niat untuk mewujudkan galeri keluarga bagi mempamerkan cerpen,surat pembaca dan beberapa artikel di sudut tangga namun masa untuk melaksanakannya belum berkesempatan lagi.Kebetulan esok merupakan hari lahir anak saya yang kedua, hajatnya nak membeli kek untuk dipotong di taska.Setelah meninjau-ninjau kek yang ada di satu-satunya kedai kek yang ada di perumahan,hasrat tersebut terbantut kerana kek yang ada tidak memenuhi selera kami.Biasanya begitulah apabila orang Melayu berniaga,sukar memenuhi selera pelanggan.Jika dah begini,terpaksalah kami mencari kedai kek yang lain.Tapi disebabkan suami pula kurang sihat,maka niat tersebut ditangguhkan buat masa ini.