Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku. Papar semua catatan

Khamis, 31 Ogos 2017

Menjelang UPSR

Susahnya nak lihat si abang belajar.Ada-ada saja kerja lain yang nak dibuat bila disuruh belajar.Hari ni sempat duduk bersembang untuk siapkan satu karangan ni.


Kerangka idea ibu kerana di sekolah memang biasa dibuat macam tu,cuma pembahagian masa saja yang sukar nak ditentukan.

Nota kaki:Rugi jika tidak tahu mengenai aktiviti di sekolah.

Khamis, 15 Jun 2017

Dah 8 Hari Puasa

Akmal dan Adib.Beza umur mereka 4 tahun.Alhamdulillah,Akmal yang akan genap 6 tahun pada penghujung tahun nanti sudah berpuasa 8 hari.Abangnya Ammar pun dulu memang mula berpuasa sejak umur 6 tahun.Macam abangnya,Akmal juga merengek untuk sampai waktu berbuka,pukul 6 memang dah masanya tapi bila dipujuk-pujuk,mampu pula bertahan hingga berbuka.
Berbeza dengan abangnya Adib,abangnya ni belum berpuasa lagi malah dia masih tidak faham lagi maksud puasa.Bila dia makan,mesti dia akan pelawa abang dan adiknya.Setelah diingat-ingatkan,bila dia nak makan,Adib akan bertanya dulu sama ada boleh makan atau tak.Kadang-kadang bimbang juga jika adiknya yang berpuasa akan turut makan bersama-samanya.Jika gambar diambil masa dia makan,dia sudah tahu malu.Alhamdulillah,dah ada perasaan malu.

Nota kaki:Adib paling awal yang tak sabar-sabar untuk makan masa berbuka.Reda dengan dirinya yang dikategorikan sebagai istimewa.

Sabtu, 28 Februari 2015

Ammar

Ustaznya(guru sekolah agama) nak gambar satu keping yang penuh,kalau beri kena denda.Mulalah kena berposing di rumah.Nak bergambar di studio,alang-alang sangat.
Dah rakam gambar dan edit dengan telefon bimbit tapi bermasalah pula nak cetak.Gambar daripada telefon nak simpan dalam komputer riba,tak tahu nak buat dengan mudah.


Ahad, 8 Februari 2015

Aktiviti Hari Thaipusam

Masa ke Mr Diy Setia Alam minggu lepas,ternampaklah alas renda hijau yang dah diguna di rumah.Wah,seronoknya.Puas hati rasanya bila dah jumpa.Tapi,bila di kaunter,plastik bungkusan alas renda tu tak ada harga.Makanya,tak boleh beli dan pekerjanya tak boleh semak harga di kedai satu lagi kerana masa tu orang ramai.Tiba-tiba hati tersentak.Lepas tu,saya masuk semula ke Diy tu kerana tak puas hati dan minta pekerja mencari harga di kedai satu lagi tapi siapalah saya,tak diendahnya pun.

Jadi,misi masih lagi nak mencari alas renda tu di samping mengintai-intai manalah tahu ada kertas dinding klasik yang ditampal di dapur tu.Cuti hari Thaipusam tempoh hari,kaki ni nak juga ke Mr Diy.Kali ni ke Diy di Bukit Jelutong.Bila masuk Diy,anak-anak pula ambil kesempatan nak membeli-belah 
barang-barang kehendaknya.Biarkanlah,bukannya selalu pun tapi disebabkan nampak banyak mainan di sini,jadi mereka suka.

Nasib baiklah tak ambil bakul.Yang adik hanya capai dua mainan saja manakala si abang pula ambil kotak pensel yang disukainya padahal dah ada pun kotak penselnya di rumah.Tak banyakpun mereka ambil barang tapi hampir RM 50 juga kena bayar di kaunter walaupun barang yang saya nak cari tak ada pun.
keluar dari  Diy,main pula benda ni.RM 5 sekali masuk.boleh main hingga petang tapi manalah nak tunggu lama macam tu sebab lepas ni nak ke Jakel pula..

parkir kereta yang dekat dengan Jakel dah penuh,kenalah parkir tempat yang jauh sikit...sebelum sampai Jakel,anak dah nampak restoren ni,memang kena singgah dululah sebelum masuk ke Jakel...


Datang ke Jakel ni sebab nak beli lagi langsir yang dibeli bulan Disember dulu.Cadangnya nak datang sebelum tahun baharu tapi masa tu demam pula.Hari ni baru berkesempatan pergi.Bila dah sampai di Jakel,kain langsir ni dah habis.Makanya,terpaksalah beli kain langsir lain yang juga ada corak renda tapi tak semurah harga langsir ni yang hanya RM 8.80 semeter.Kain langsir ni hanya dibeli 2.5 meter saja.Dalam kepala hanya fikir nak buat hiasan di kepala katil sajalah sebab itu saja yang ada.Cara lain tak nampak dah.Cukupkah nak buat hiasan di kepala katil nanti?Kalau tak,takakn nak simpan saja langsir tu? 

Koleksi Ben 10


Makin bersepahlah rumah.Baru bercadang nak kemaskan mainan yang ada dan simpan dalam stor kerana selalu bersepah hingga dapur,beberapa hari lepas si ayahnya pula belikan mainan ni.

Khamis, 15 Januari 2015

Adib Lompat Kelas


Sebelum makan,mereka akan beratur di luar kelas dan makanan di kantin disediakan untuk mereka.Tak perlu nak beratur untuk membeli.Hingga sekarang,Adib memang tak pandai gunakan duit yang diberikan tapi bila ke kedai,pandai dia mengambil barang yang dikehendakinya.
Bersama-sama rakan yang lain sedang makan pada waktu rehat.Mereka akan dipantau oleh beberapa guru mereka.

 Disebabkan Adib ada sedikit ciri Autisme,dia ditempatkan di Kelas Khas.Tahun ni,dia telah melompat satu paras,sepatutnya berada di Paras Dua tapi ditempatkan di Paras Tiga.
Alhamdulillah,moga dia terus berjaya.

Nota kaki:Tak perlu rasa malu jika anak ada kekurangan,tapi sepatutnya mengambil tindakan untuk merawat kekurangan yang ada supaya mereka boleh berjaya seperti orang biasa. 

Selasa, 2 Disember 2014

Gelagat Adib dan Ammar

Sepanjang perjalanan pergi dan balik,nampak sangat Adib seronok melihat suasana KL dan pemandangan sepanjang perjalanan.Biasanya naik kereta,pemandangan tak luas sangat kerana kedudukan kereta bukannya tinggi pun.Bila naik bas dua tingkat dan duduk di bahagian atas,memang luas pemandangannya. 
Walaupun terpaksa bertukar dua kali bas sebelum sampai Hentian Putra semasa perjalanan pergi,Adib seronok.Bas dari Shah Alam telah pancit dan kami berempat terpaksa menumpang bas lain untuk ke HP.Nasib baiklah ada hamba Allah yang tolong.Pada mulanya,memang tak sanggup nak bertukar-tukar bas dengan beg yang agak berat tapi tak ada pilihan,terpaksalah juga.Musim-musim hujan,tak berani pula nak membawa baju sikit tapi memang bawa baju secukupnya.






masa pergi,beg hanya dua saja tapi bila balik bertambah satu lagi.hanya kain dan skirt saja yang dibeli..
sempay main telefon semasa menunggu ayahnya sampai..

Akmal yang mirip saya kata salah seorang kawan...tak perasan pun mukanya mirip saya kerana masa dia lahir,kami tak boleh bayangkan dia mirip saya atau suami kerana iras saya dan suami ada padanya...

Selasa, 25 November 2014

Alhamdulillah

Dua minggu lepas,Ammar beritahu dia dapat nombor 7 dalam kelas.Bila mendengarnya,saya memang tak percaya kerana  semasa pertengahan tahun,dia mendapat nombor yang corot.Tempat tercorot dan sekarang melantun dalam kategori 10 tertinggi,agak mustahil.Nasib baiklah teringat tentang SAPS.Sekarang,tak perlu tunggu laporan daripada guru,ibu bapa sendiri boleh tahu keputusan anaknya melalui internet.
Bila buka slip keputusan dalam SAPS,Ya Allah…Macam tak percaya pula bila dia mendapat nombor 6 dengan 81%.Terasa selama ni susah payah saya mengajar anak-anak PT3 telah berbayar.Saya percaya dengan kata-kata ni:sekiranya kita berusaha untuk mengajar anak-anak orang dengan bersungguh-sungguh,kita juga akan dapat imbuhannya.Sejujurnya,komitmen saya terhadap pelajar PT3 sangat banyak hingga saya tiada masa untuk memantau anak-anak sendiri.Tapi,sebelum peperiksaan,dia ada membuat ulang kaji sedikit kerana saya sangat bimbang dia akan turun kelas.Anak lelaki,belajar bukan nak serius pun.Satu jam buat latihan pun dah jemu.Saya tak mengharapkan dia di kelas A dan mendapat nombor satu kerana saya dulu pun bukannya cemerlang di sekolah,cuma rajin yang lebih.Lagipun,membesarkan anak lelaki sangat besar cabarannya.Jika nak mengongkongnya mengikut kemahuan kita,stress sepanjang masalah jawabnya.Untuk itu,pada saya memadailah dia tahu tanggungjawabnya sebagai anak,abang dan Hamba-Nya. 

Kemudian,si adiknya yang berada di Kelas Khas pula mendapat surat untuk Hari Anugerah Cemerlang.Biarpun dia diletakkan di Kelas Khas kerana ada ciri-ciri Autisme(walaupun tak ketara),sekurang-kurangnya dia ialah yang terbaik.Alhamdulillah..
Aksi Adib setelah balik dari sekolah pada hari Sabtu lalu.
suka main telefon.suka melihat Youtube...Alhamdulillah,setakat ni mereka suci bersih lagi,tak pandai lagi mencari benda yang tak baik tapi kena selalu memantau apa yang dilihatnya...

Memang dia mendapat nombor satu tapi tersalah pula pialanya...




Jumaat, 24 Oktober 2014

Cuti Seminggu...

Hari ni Akmal kena ke taska kerana saya nak habiskan penandaan kertas PT3...




Cuti sempena Deepavali baru boleh lihat aksi anak-anak ke sekolah.Biasanya tak tahupun pukul berapa anak-anak bangun kerana 6.05 pagi saya dah sedia nak bergerak ke sekolah.

Nota kaki:banyaknya cabaran nak habiskan penandaan ni.sekejap terfikir nak mengemas bawah kabinet,lepas tu terfikir nak beli bekas plastik untuk simpan periuk bawah kabinet...alahai, cepat bosan....::>_<::>_<%

Khamis, 2 Januari 2014

Hari Pertama Sekolah

Hari pertama persekolahan anak-anak,penat mengalahkan hari pertama saya ke sekolah.Hampir jam 7 pagi,semua dah keluar rumah dengan dua buah kereta.Saya hantar anak yang sulung ke sekolah agama,suami pula hantar anak yang kecil  ke taska dan kemudian ke sekolah.7.40 pagi baru saya sampai di sekolah rendah untuk melihat anak yang kedua masuk Tahun 1.Disebabkan Adib ada masalah pertuturan,maka kami menghantarnya ke kelas khas,di sekolah yang sama.Jika dah melepasi tahap yang dikehendaki,barulah boleh masuk kelas biasa.Pada mulanya,juru terapi percakapannya memang kurang bersetuju Adib ditempatkan di kelas khas kerana dia memang pandai cuma bermasalah untuk bercakap.Buat masa sekarang,biarlah dia menyesuaikan diri dulu di alam persekolahan tu.
Di kelas khas,mereka dibahagikan kepada tahap 1,2,3,dan 4.Di dalam kelas yang menempatkan 8 orang(paling ramai) murid,Adib diam sahaja.Nampak ok saja.Perangainya di rumah dan di sekolah agak berbeza.Alhamdulillah,pandai pula dia kawal diri apabila berada di sekolah.Di rumah,dia memnag tak boleh duduk diam.
Apabila waktu rehat,dia diberi makan kerana semua murid kelas khas disediakan makanan percuma.Hari ni,menunya nasi lemak.Memang dia makan tapi telur tak dimakannya,maka kakak di sebelahnya yang tolong habiskan.Oklah tu,tak membazir.Bab makan,dia cerewet sedikit.Pandai dia letak pinggan dan cawan ditempatnya setelah habis makan.Adib memang makan cepat,nasib baiklah dia tak merayau-rayau apabila dah habis makan kerana orang lain masih makan,dia dah tak ada apa-apa nak buat.Duduk termenunglah dia di bangkunya tu.
Selepas habis rehat,saya pun balik dan masa cepat sangat berlalu,habis makan saya ke sekolah agama lagi untuk ambil Ammar.Urusan van dan taska belum selesai kerana ayahnya yang uruskan.Dah masuk tahun ketiga Ammar bersekolah,tak pernah lagi urusan van dan taska selesai awal tahun.Taska sebelum ni dah ditutup,jadi kena cari taska baharu yang ada kelas mengaji dan membaca untuk Adib.Jika di rumah,Adib langsung tak mahu belajar,jadi alternatifnya mesti cari taska yang boleh mengajar sekali.
Tak sampai 1 jam di rumah,kena keluar lagi untuk ambil Adib.Sangkakan keluar jam 12 tengah hari dapatlah letak kereta di tempat yang dekat.Apabila sampai di sekolah,banyaknya ibu bapa yang dah sampai di sekolah.Parkir yang dekat semua dah penuh.Sementara menunggu Adib balik,sempatlah meninjau-ninjau kelas Ammar,3 Fitrah.Kelasnya terpisah dengan kelas-kelas lain,terpaksalah meninjau-ninjau banyak blok bangunan.Itu yang buat badan sangat kepenatan.
Itu episod hari ini,esok episod saya pula yang masuk ke kelas.















Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah

Malam ni jadual masuk kamar dah berubah dan kembali seperti biasa.Sepanjang cuti,anak-anak bebas tidur pukul berapa pun tapi apabila esok dah mula bersekolah,mereka pun tahu jam 9.30 malam dah kena masuk bilik.Sepatutnya ibunya pun dah masuk kamar tapi disebabkan masih terbiasa dengan rutin tidur lambat,tambahan pula saya masih menyambung cuti lagi,maka hal ke sekolah ditolak ke tepi.Dua tahun lepas,saya tak berpeluang melihat gelagat anak sulung masuk Tahun 1 kerana baru berpantang.Tahun ni,memang tak boleh nak lepaskan peluang tu.Alang-alang 3 kali mengisi borang cuti,esok mesti raikan hari pertama persekolahan anak yang kedua.Memang teruja Adib nak masuk Tahun 1.Macam manalah gelagatnya esok,tak sabarnya.

Jumaat, 20 Disember 2013

Anak-anak Mengemas Rumah


Catatan untuk Umie Sue 1st giveaway.
Kebetulan mereka berdua rajin menyapu pula kali ni.Biasanya,kalau bab menyapu,Akmal si kecil tu memang suka hinggakan saya terpaksa cari idea supaya dia tidak buat kacau apabila saya menyapu.Aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah ni ialah main-main.Baru lepas main-main dengan blok perkataan,mereka buat sepah.Biasalah macam tu.Mereka akan mengemas semula mainan mengikut mood mereka.Yang ini memang mood baik,mereka kemas semula setelah menyepahkannya.Blok-blok tu disapu bukannya nak dibuang tetapi cara mudah untuk mengutipnya kerana Adib dan Akmal dah malas nak kutip satu-persatu.Lepas tu mudah saja mereka simpan dalam plastik untuk disimpan dalam stor mainan mereka.

Terkial-kial Adib masukkan blok tu dalam penyodok...Akmal pula pegang penyodok,satu kerjasama yang baik...itupun yang Akmal tahu dalam usianya baru nak masuk dua tahun 31 haribulan ni...

Rabu, 6 November 2013

Aktiviti Akmal

Sehari dua ni Akmal sangat manja kerana asyik nak berkepit saja.Ada kalanya,dia boleh bermain sendiri tapi seketika saja.Lihat sajalah permainannya di dalam rumah.Jika dia terlepas ke dapur belakang,penyapulah yang diambilnya.Jika dah dapat,bila dah puas mainlah baru boleh disimpan.Jika diambil sebelum puas bermain,alamak bising satu rumahlah dia.