Selasa, 25 November 2014

Alhamdulillah

Dua minggu lepas,Ammar beritahu dia dapat nombor 7 dalam kelas.Bila mendengarnya,saya memang tak percaya kerana  semasa pertengahan tahun,dia mendapat nombor yang corot.Tempat tercorot dan sekarang melantun dalam kategori 10 tertinggi,agak mustahil.Nasib baiklah teringat tentang SAPS.Sekarang,tak perlu tunggu laporan daripada guru,ibu bapa sendiri boleh tahu keputusan anaknya melalui internet.
Bila buka slip keputusan dalam SAPS,Ya Allah…Macam tak percaya pula bila dia mendapat nombor 6 dengan 81%.Terasa selama ni susah payah saya mengajar anak-anak PT3 telah berbayar.Saya percaya dengan kata-kata ni:sekiranya kita berusaha untuk mengajar anak-anak orang dengan bersungguh-sungguh,kita juga akan dapat imbuhannya.Sejujurnya,komitmen saya terhadap pelajar PT3 sangat banyak hingga saya tiada masa untuk memantau anak-anak sendiri.Tapi,sebelum peperiksaan,dia ada membuat ulang kaji sedikit kerana saya sangat bimbang dia akan turun kelas.Anak lelaki,belajar bukan nak serius pun.Satu jam buat latihan pun dah jemu.Saya tak mengharapkan dia di kelas A dan mendapat nombor satu kerana saya dulu pun bukannya cemerlang di sekolah,cuma rajin yang lebih.Lagipun,membesarkan anak lelaki sangat besar cabarannya.Jika nak mengongkongnya mengikut kemahuan kita,stress sepanjang masalah jawabnya.Untuk itu,pada saya memadailah dia tahu tanggungjawabnya sebagai anak,abang dan Hamba-Nya. 

Kemudian,si adiknya yang berada di Kelas Khas pula mendapat surat untuk Hari Anugerah Cemerlang.Biarpun dia diletakkan di Kelas Khas kerana ada ciri-ciri Autisme(walaupun tak ketara),sekurang-kurangnya dia ialah yang terbaik.Alhamdulillah..
Aksi Adib setelah balik dari sekolah pada hari Sabtu lalu.
suka main telefon.suka melihat Youtube...Alhamdulillah,setakat ni mereka suci bersih lagi,tak pandai lagi mencari benda yang tak baik tapi kena selalu memantau apa yang dilihatnya...

Memang dia mendapat nombor satu tapi tersalah pula pialanya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan