Sabtu, 8 November 2014

Cantum Langsir Di Bilik Ammar

Salam hujung minggu...Hujung minggu ni tak teringin nak ke mana-mana.Urusan rumah tangga agak banyak.
Pagi ni baru berkesempatan menjahit langsir untuk bahagian dalamnya.Sikit saja sebenarnya tapi disebabkan kainnya tak cukup,makan masa juga untuk mencari resolusi bagi menyelesaikan masalah.Langsir putih tu dibeli di Mr Diy.Sepatutnya dipasang menegak tapi saya melintangkannya tapi tak cukuplah pul belah bawah,kanan dan kiri.Bila dah pasang,baru ada idea untuk jahit kain renda di bahagian bawah.tunggu bila langsir tu dah dibuka untuk cuci pulalah baru boleh sambung misi kedua,menjahit kain renda.Langsir putih tu untuk memberi cahaya ke dalam bilik.Sebelum ni,langsir biru tu pun tak diselak pun menyebabkan ruang dalam bilik gelap semacam.Apabila dah ada langir untuk bahagian dalamnya,bolehlah langir diselak sedikit.Batang penyangkut  hanya dipasang satu saja,jadi saya perlu cantumkan langsir putih tu dengan langsir biru.Proses nak menjahitnya makan masa.Beberapa hari bilik tu tak berlangsir.Kekok sangat rasanya bila bilik tak berlangsir.

Tutup matalah dulu dengan kependekan  langsir putih tu

Klip langsir yang dibeli di Daiso

Tiada ulasan:

Catat Ulasan