Sabtu, 1 November 2014

Alahai Sistem SPS...

Banyak juga cabaran juga nak menyiapkan pengisian markah PAJSK ni.Dahlah sistem hanya boleh dicapai mulai jam 12 tengah hari,awal pagi dah ditutup.Sedangkan awal-awal pagilah saya mula segar.Dah bertahun-tahun jadual tidur 10 malam dan akan terjaga jam 4 pagi,memang tak boleh nak berjaga malam untuk menyiapkan benda ni.Petang pula, baru saja menghadap komputer riba,mata pun dah mengantuk.Macam mana nak buat kalau asyik macam tu?
Dah dua malam saya biarkan komputer riba tidur dengan sistem tu dibuka macam tu.Alhamdulillah,awal pagi dapatlah saya masukkan markah tu...Bijak,bijak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan