Rabu, 5 November 2014

Alahai Pelekat Warna-warni

Dalam masa terdekat,Mr Diy Setia Alam,Bukit Jelutong,dan Kota Damansara dah saya terjah.
Bersemangat mencari pelekat warna-warni ni untuk menggantikan hiasan yang ditampal di ruang tamu yang dah terjatuh.Mula-mula bahagian kanan,kemudian kiri pula.Tinggallah satu-satunya yang di tengah tu.Sekarang,yang tengah tu pun dah jatuh.Meninggalkan kesan pula tu.Catnya terkopak mencacatkan dinding.Cadangnya nak menampal pelekat  yang berwarna-warni tu pula di situ supaya tak jatuh-jatuh lagi tapi hingga sekarang belum dijumpai.Nampaknya saya terpaksa terima keadaan bahawa pelekat tu memang tak ada di Mr Diy yang berhampiran.Kena tunggu balik ke kampung pula untuk ziarah kedai Eco 2.Jika tidak ada juga,terpaksalah tampal semula hiasan yang sedia sedia ada.Sebelum tu,cari dulu pelekat yang bergam.Kalau dapat warna merah,memang sangat sesuai.Pelekat ni perlu untuk memberi keseimbangan terhadap hiasan pemandangan  yang tergantung tinggi.Nak buka semula,alang-alang sangat.
gambar disalin daripada fb.susahnya nak mencari pelekat ni...

Sekarang...tak sampai dua bulan pun,dah jatuh semuanya...
dah terkopak catnya...

2 ulasan: