Sabtu, 15 November 2014

Catatan Harian di Telefon Bimbit

Untuk pengurusan aktiviti seharian sama ada melibatkan hal-hal kerja atau peribadi,saya kurang mencatat kerana semua perkara ada dalam kepala.Boleh ingatkah semua perkara?Kebiasaannya ingat tapi kadangkala lupa juga.Untuk mendisiplinkan supaya menulis perkara-perkara penting dalam diari,saya tidak berjaya.Diari tahun 2014 yang saya dapat percuma pada tahun lepas tersimpan elok saja dalam bonet kereta.Nama pun tak ditulis.Sebenarnya,saya tidak pandai nak menggunakan diari dalam kehidupan kerana rutin harian saya sama saja untuk setiap hari.

Tapi,untuk kali ini,saya nak berkongsi tentang penulisan catatan harian dalam telefon bimbit.Sebenarnya,saya baru nak memulakan cara ini supaya nampak perkara yang nak dilakukan.Mungkin cara ini perlu diperbaiki supaya lebih sistematik.

Untuk hal-hal sekolah,semuanya ada dalam Takwim Sekolah,hanya rujuk sahaja di buku tersebut.Hal-hal dan tindakan semasa hanya perlu lihat dalam TELEGRAM SEKOLAH saja.Cuma,apabila sudah banyak maklumat,maklumat yang penting dah jauh ketinggalan.Terpaksa cari semula dari atas.
belum diambil tindakan lagi...pernah pekerja pejabat bertanya saya:cikgu,kenapa semua cikgu asyik main telefon?itu bukan sebarang main,tapi lihat maklumat terkini...

akan mula kongsikan makluman penting ke telefon satu lagi supaya maklumat terdahulu tidak jauh ke belakang.kadang-kadang lupa juga,nak mencari semula maklumat tersebut,kenalah banyak bersabar membelek-belek yang lama...

Untuk catatan peribadi,saya suka gunakan My calendar tu.Kalendar tu sebenarnya sangat sesuai untuk orang yang merancang kehamilan.Kalendar ni sesuai juga untuk merancang puasa ganti dan melihat kesuburan kita.





Disebabkan My Calendar tu tiada tarikh cuti umum,saya juga terpaksa gunakan Calendar supaya senang nak tahu tarikh cuti umum.



baru mula menulis tugasan untuk akhir tahun ni..kalau tak siap kerja,nanti dipanggil ke sekolah semula pada cuti hujung tahun nanti

Cuti umum ada tapi cuti sekolah tiada pula.kena tulis sendirilah nanti.

Nota kaki:tahun depan nak cuba ubah rutin memasak selepas balik dari sekolah dan aktiviti hujung minggu.biasanya hujung minggu sibuk dengan rutin mengemas rumah dan mencuci pakaian

3 ulasan:

  1. sy pun suka digital tp lebih prefer convensional kertas way..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak mendisiplinkan untuk menulis dalam diari yang menjadi masalahnya...bimbang tak berbaloi beli diari tapi kena ada juga buku catatan...in sya allah,tahun depan nak mula tulis dalam buku...

      Padam
  2. Best jugak my calendar tu.. :) cuma saya jenis paper person. Nk kena tulis baru ada feel.. Hihi

    BalasPadam