Ahad, 16 November 2014

Siap Penandaan Kertas Peperiksaan

tak dengar pun jam berbunyi tapi dah biasa tersedar jam 4 lebih..

Alhamdulillah,akhirnya siap menanda kertas peperiksaan akhir tahun.Dah lama tak memulakan kerja penandaan pada awal pagi kerana kerja penandaan dibuat di sekolah,makanya kertas sejarah untuk kelas 4 Sastera 2 makan masa yang agak panjang.Kertas sejarah 2 untuk kelas 
4 K4 ni pula hanya mengambil masa sejam sahaja kerana ramai yang memberi telur ayam kepada saya.Penandaan bermula jam 5 pagi tapi memang saya tak boleh duduk kusyuk di kerusi untuk menghabiskan penandaan,ada-ada saja kerja sampingan yang dibuat tapi lebih kurang sejamlah masanya.
Macam manalah nak menduduki SPM kalau macam tu?Majoriti macam tulah jika pelajar kelas tercorot.

nota kaki:banyak catatan yang perlu ditulis sepanjang cuti nanti kerana banyak juga kerja untuk tahun depan yang perlu dibuat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan