Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku: Akmal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak-anakku: Akmal. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2014

Dah Jadi Tempat Letak Nota...





Biasanya surat-surat siaran sekolah saya letak di peti ais. Mudah nampak tapi sekarang Akmal suka buat main dengan kertas yang diletak di situ.Kena tukar tempat yang lebih tinggilah pula nampaknya

Rabu, 21 Mei 2014

Penghadang Ruang Dapur

Untuk catatan yang ke-753,dah berminggu-minggu saya simpan catatan untuk panghadang dapur ni.Sudah beberapa kali berhasrat nak pasang penghadang di tepi dinding yang bercermin supaya dapat buat pagar sebelum ke ruang dapur tapi tak menjadi saja.
Ada-ada saja halangannya tapi saya gigih mencari idea supaya penghadang tu tak menjadi masalah bagi ruang dapur.Suami memang tak setuju tapi saya yang perlu berhadapan dengan kerenah anak-anak lebih lama daripadanya terasa sangatlah stressnya.
Sudah beberapa kali air masak tumpah dan si kecil tu jatuh kerana lantai licin.Ini gara-gara si kecil Akmal suka sangat meneroka di dapur sehingga hilang fungsi dapur yang sebenar.Pintu kabinet,pintu peti ais mesti diikat.Jika tidak,habislah barang-barang dipunggah.Pantang terlupa,mulalah dia buat kerja.Kebiasaannya,abang-abang dan ayahnyalah yang selalu lupa untuk buat apa-apa yang patut supaya barang-barang tidak diselongkar.Makanya,makin banyak kerja yang perlu dibuat.


pemegang pintu terpaksa dibuka supaya Akmal tidak memanjat tapi berjaya juga dia sampai di atas kabinet.makanya,terpaksalah tarik laci di bahagian bawah,barulah dia tak boleh memanjat..kerusi semua kena ikat.jika tidak,kerusi tu akan ditarik entah ke mana-mana.alas kerusi juga perlu diikat supaya dia dan abang-abangnya tak tarik alas tu....alahai 3 askar ni kreatif betul....

Alang-alang memikirkan penghadang,biarlah dapat cari yang istimewa sikit...Inilah antara idea yang ada dalam fikiran
cantik juga idea ni.ruang-ruang yang ada bolehlah diperagakan dengan perhiasan yang kecil-kecil tersimpan dalam kabinet dapur...

nampak macam biasa saja

mula-mula berkenan dengan rak ni tapi muatkah di ruang yang terhad tu?


apabila nampak idea ini,sesuai sangat di ruang yang terhad tu..kononnya nak buat seperti ini 

gambaran menyeluruh..dah ada idea nak letak mug,teko kecil di situ...wah seronoknya jika jadi kenyataan ni.bahagian bawah pula buat kabinet untuk letak ubat-ubat,teko yang selalu digunakan untuk bancuh teh...terujanya...

Nota kaki:memang mudah untuk berangan-angan.moga-moga dipermudahkan untuk memujuk suami...idea rasanya sudah hebat...duit dan hujahan saja tak hebat untuk cairkan hatinya... 

Rabu, 9 April 2014

Akmal Main Masak-masak

Ini gelagat si bongsu saya,pantang terlepas ke dapur tempat saya memasak,ada-ada saja perkakas dapur yang diambilnya untuk main-main.Besen,cawan,bekas makanan plastik dah jadi mainannya.Jika tidak diberi,meraunglah dia sekuat hati hingga bising seluruh rumah.Malu dengan jiran-jiran juga kalau selalu begitu.Maka,terpaksalah biarkan saja.Beberapa hari lalu,saya membawanya ke kedai.Masuk saja ke kedai tu,dia terus meluru ke rak mainan.Macamlah selalu ke situ. dah tahu Inilah yang diambilnya.Betul pula tu sebab ada satu lagi mainan masak-masak untuk perempuan tapi tak diambilnya.Dalam kereta dah buka plastiknya,dah main-main pun dalam kereta.Memang tak menyempat pula.

Rabu, 26 Mac 2014

Akmal Mengemas Rumah

Ini pula aktiviti Akmal.Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dia pun suka mengemas.Dia selalu nampak ibunya mengelap kerusi,almari sebegini,makanya dia pun nak buat juga tanpa disuruh.

Ahad, 23 Februari 2014

Akmal Suka Durian

Kali ni beri satu ulas.Pandai pula dia makan.Licin isinya hingga biji pun nak digigit.Biasanya hanya beri sikit-sikit.Kali ni dia tak nak bila diberi sikit-sikit.







Jumaat, 29 November 2013

Ini Penyelesaiannya..RM 2.90 Saja

Masa balik dari Hospital Sunagi Buloh,saya singgah dulu di kedai perabot untuk mencari penghadang,nak letak di ruang menuju ke dapur supaya mudah nak letakkan pagar.Jumpalah dengan satu rak hiasan yang setinggi pinggang saja.Lebarnya dah sesuai rasa-rasanya tapi mesti betul-betul yakin dahulu baru beli.Rak hiasan tu berharga RM 120.Bila dicampur dengan harga pagar yang berharga RM110,RM 230 pula.Mahal juga tu untuk menyelesaikan masalah Akmal suka 'mengemas' dapur ni dan memanjat kabinet.
Belum lagi bersuara kepada suami pasal rak tu,suami dah ikat pemegang kabinet tu.Bila Akmal masuk ke dapur,macam biasalah kerjanya nak memanjat kabinet.Bila dia tak berjaya menarik pemegang tu,perkataan "tak oleh,tak oleh" keluar dari mulutnya.Gembiranya,selesai masalah.
tali tu dibeli untuk menggantikan tali yang mengikat pintu peti ais yang dah rosak.tak terfikir pula nak mengikat pemegang kabinet tu dari dalam.nasib baiklah suami ada idea...nyaris-nyaris nak beli rak hiasan dan pagar tadi...



Isnin, 25 November 2013

Si Bongsu,Akmal ...

Salam hari Isnin,permulaan hari kerja bagi orang yang bekerja.Cuti sekolah ni,banyak perkara yang nak dibuat.Kerja sekolah,abaikan dulu.Nampaknya projek saya yang terkini kena ke kedai perabot untuk mencari pengadang supaya Akmal tidak ke dapur dan memanjat sesuka hati di kabinet dapur.Bukannya sayang kabinet dapur,tapi sayang akan anak.Pantang kita terlepas pandang,tiba-tiba dia dah ada di atas kabinet dapur.

ruang agak luas menyebabkan pagar yang digunakan di tangga tidak boleh digunakan.alternatifnya,kena letak pengadang(dalam 3 kaki saja) dulu,kemudian baru letak pagar.jika tak jumpa pengadang tu,kena cari alternatif lain...

dia suka berlari ke dapur dan bermain dengan perkakasan dapur daripada bermain kereta macam ni...

@Nota kaki:sayang akan diri daripada sayang duit.duit terbang tak mengapa asalkan hati senang dan tak stress..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Aksi Akmal

Awal Ramadan,Akmal baru saja nak belajar merangkak.Sekarang,dah mula panjat-panjat.Dah nak berjalan.Lain benar proses tumbesarannya.