Memaparkan catatan dengan label Kedai RM2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai RM2. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

Cuci-cuci Mata di NT Shop Saujana Utama

Tempat yang anak pun suka pergi.Tak perlu nak ke Eco Rawang kerana di sini pun barang makin banyak.Cuma,kertas dinding berpelekat tak jual di sini.Datang dengan duit RM 10 saja memang kena ingat diri,tak boleh nain ambil barang saja.
Geram juga dengan bekas berpenutup bahagian atas tu tapi rumah ni dah sarat barang-barang,sabar sajalah..











Nampak pisau pun geram nak beli










Dah beli di Mr Diy,RM1.90 satu tapi di sini 2 dengan harga RM2.12..Murah lagi di sini plastik halau lalat tu





Terbeli juga dulang ni 2.nak buat apa,tengoklah nanti..


Ahad, 3 September 2017

Cuci-cuci Mata di Eco 2 Rawang

Cerita menjelang Merdeka..30/8
Dah lama tak ke Kedai Eco RM 2 di Rawang.Hari ni nekad juga akan pergi setelah beberapa kali menundanya.Bawa anak-anak memang dia akan teruja juga.Lepas makan tengah hari dan solat zohor,kami bertolak.Misi kali ni nak mencari pelekat tiles  yang tular dan mencari kertas dinding berpelekat.Tak pernah lagi saya membeli kertas dinding berpelekat di Kedai Eco.Teruja melihat banyak pinggan hijau.Bukan setakat pinggan mangkuk hijau saja,banyak barang yang teruja sebenarnya cuma saya tak mahu membeli banyak barang kerana di rumah sudah banyak barang dapur yang ada.Pinggan plastik memang saya tak guna,begitu juga bekas-bekas yang lain melainkan basen saja yang saya guna.Makanan pun banyak tapi rasa macam was-was pula nak beli sekarang setelah tular biskut raya dari China tempoh hari.Barang-barang yang saya selalu beli di Kedai RM 2 ialah mainan anak-anak biarpun sehari saja yang tahan,barang-barang deko,alat tulis dan bekas plastik.





coraknya macam pinggan kaca



yang tular sekarang..ada hitam putih banyak,tak menarik pun tambahan pula ada lut sinar tu


ada sikit yang warna-warni tapi tak menarik juga sebab ada lut sinar.






berkenan juga dengan bekas ni tapi nak isi apa yer.dulu dah banyak saya borong bekas macam ni di Mr Diy


kertas dinding berpelekat,terbeli juga yang batu-bata tu

anak menunggu di situ sambil baca komik yang dibeli di Aeon Rawang sebelum ke sini



habuan si bongsu.di Aeon tadi dah beli 2 buah kereta.umi dah kena pau ni..