Memaparkan catatan dengan label Mr Diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mr Diy. Papar semua catatan

Ahad, 22 Oktober 2017

Mr Diy

Berkali-kali singgah di sini pun takkan jemu.Sementara nak tunggu wayang jam 1 petang,apa lagi yang boleh dibuat melainkan cuci mata di Mr Diy.Agak leka di sini hingga tak sedar jam hampir 1 petang.













Sabtu, 23 September 2017

Cuci-cuci Mata di Mr Diy Space U8

Cerita semalam sempena cuti Maal Hijrah..
Dah janji dengan anak-anak nak bawa tonton wayang.Makanya kena tunaikan.
Susah nak sampai ke sini melainkan jika nak tonton wayang.Serba salah nak datang ke sini kerana tempatnya tak menarik sangat.Memang ada satu dua gerai makanan di bahagian bawahnya tapi tak banyak pilihan.Kedai-kedai pun tak banyak yang dibuka.Selepas tonton wayang,agenda wajib ialah ronda-ronda dalam Mr Diy.







Berkenan juga dengan bantal ni tapi yang beli dulupun baru guna.

Murah juga di sini..RM 4 lebih




Nak cari yang ni tapi tak ada hijau







Kertas dinding berpelekat ni bercorak timbul..





Murah saja selipar ni

Dompetnya agak mahal

Ahad, 25 Januari 2015

Ke The Strand Lagi...

Lepas gotong-royong kelas semalam,sempat lagi saya cuci mata di The Strand,Kota Damansara.Dahlah jalan sesak masa pergi dan balik di tempat pembinaan jalan raya(MR2?)Tak pastilah pula.Reda sajalah.Masa pergi cuti sekolah tempoh hari,ok saja jalannya.
Semalam,saja pergi untuk singgah di Mr Diy dan Daiso.Di Mr Diy,jumpalah kertas A4 berwarna yang 100 helai tapi hanrganya hanya RM 5.++ saja.Memang murah pun.Itu memang dah tahu tapi disebabkan tak bercadang nak ke sana,terpaksalah beli kertas A4 berwarna di kedai buku.Mahal sikitlah harganya.Di kedai RM 2 pun ada tapi warna yang pucat saja.Yang beli di Mr Diy ni memnag garang,untuk hias kelas memang menyerlah sangat.Dapat juga beli 'border' yang tak cukup di papan kenyataan bahagian belakang kelas.Yang paling tak tahan,jumpa KD yang warna hijau yang ditampal di bilik bawah.Bilik bawah belum sempurna lagi tapi bila dah sekolah buka,kerja menghias tertangguh saja.Kena tunggu cuti Raya Cina pula kerana cuti seminggu.
Bila dah masuk ke Diy,memang habislah duit.Selalunya lebih RM 50 walaupun barangnya murah tapi tangan suka saja ambil barang.
Bila ke Daiso,barang yang diborong di Diy dah satu plastik besar,senang hati saja saya letak di tepi dinding dalam Daiso.Orang dalam Daiso agak ramai juga bila hari minggu.Kalau hari bekerja,seorang dua saja yang ada.Bimbang juga kalau-kalau pekerja Daiso marah,tapi selamba saja letak barang di dinding depan Daiso.Bila dah nak ke kaunter,tengok barang yang diletak tadi dah tak ada.Cuak juga.Takkan ada orang ambil?Bila sampai di kaunter,penjaga kaunter beritahu,mereka simpan di kaunter kerana bimbang orang lain ambil.Baguslah macam tu.Tak terfikir pun nak letak di kaunter.Kalau ke Mr Diy Setia Alam pun macam tu juga.Selalu saja kalau nak masuk ke situ,barang dah banyak.Biasanya tinggal saja di luar sebab bersangka baik,takkan ada orang lain nak ambil.Nanti,bolehlah cuba tanya sama ada boleh atau tidak tinggalkan barang tu di kaunter.Kalau tak boleh,memang tak mesra alamlah macam tu...
Bila nak keluar dari The Strand pula,saya tersalah masuk jalan,tak pasal-pasal bertembung dengan kereta lain.Dari jauh,saya angkat tangan dan mereka tunjuk jalan yang betul dan beri laluan untuk keluar.Nasib baiklah kereta ada lesen besar, P.Haha.P tu dah lama luput tapi saja tak nak tanggalkan.Bila kes macam ni,taklah malu sangat.
kalau ada yang ini,mana tempat yang sesuai nak letak ni?

pameran perabot...seronok ni jika ada buaian macam ni tapi mesti harganya mahal...



Nota kaki:seronok kerana jumpa ramai orang yang 'sporting' walaupun KD klasik tu tak ada lagi.

Selasa, 11 November 2014

Penyangkut Sikat

Penyangkut ni saya beli 5.Apabila dicuba di pintu kabinet dapur,alamak:tak sesuailah pula.Dua masih berbaki.
Idea datang bila selalu saja sikat hilang.Alang-alang dah beli banyak penyangkut ni,gunalah saja.Penyangkut ni tak sesuai letak di setiap pintu kabinet dapur kerana pintu tak akan rapat.Penyangkut ni juga hanya sesuai untuk pintu yang nipis,pintu kayu nyatoh yang tebal  pun tak muat.Jadi,kena bertukar tempat tapi masih untuk sangkut barang.Boleh juga untuk gantung jam tangan,pengikat rambut dan sebagainya.Yang penting,tak perlu nak pakukannya tapi hanya sangkut  saja di pintu.
Hanya RM 2 saja di Mr Diy.

Moga tak hilang lagi bila kedudukannya dah tinggi dah tersorok dalam almari

Jumaat, 7 November 2014

Terjah Mr Diy di Strand Kota Damansara Pula

Saya ada baca komen di DRKSK yang mengatakan Mr Diy ada di Strand Kota Damansara.Kebetulan saya masih mencari penyangkut untuk diletakkan di pintu kabinet dapur kerana yang baru beli dua hari lepas tidak mencukupi untuk menggantung kuali.Memang kena sangatlah dengan situasi ni untuk membawa saya ke Kota Damansara lagi.
Lepas sekolah semalam,saya bergerak ke Kota Damansara lagi.Pada mulanya tak berapa nak faham juga dengan peta yang dilihat dalam Google tapi berharap moga dipermudahkan perjalanan.Macam mana nak faham,peta yang saya lihat sebelum ni tak ada pun jalan masuk ke  Strand tu tapi bangunan tu di tengah-tengah.Tapi, dalam peta ni ada pula jalan masuknya.Terlewat dapat peta ni.Nasib baiklah petang tadi,perjalanan dipermudahkan.
Nak bertanya kawan,saya sendiri tak pernah sampai,makanya memang takkan faham pun sebab tak nampak jalannya.Bila dah ke sini,jalan nak ke Giant dan Aeon Big pun dah faham tapi disebabkan MRT sedang dalam proses pembinaan di Jalan Sungai Buloh tu,jalan agak sesak.Kemungkinan nak ke sana selalu tu,rasa-rasanya tak juga.
Masuk saja dalam kawasan ni,tak tahu tempat nak tuju sebab luas dan banyak bangunan tapi kaki ke bangunan besar saja.Dah tersalah parkir kereta jauh,maka kenalah berjalan ke bangunan pusat beli-belah tu.Bila masuk bangunan ni,memang pusat membeli-belah yang moden sangat.Saya hanya terjah di Mr Diy.Tak pula saya meronda sekeliling kerana hajat hanya nak tahu tentang Mr Diy saja kali ni.Mr Diy berada di tingkat 2.Masa nak naik tangga bergerak ke Mr Diy,ternampak Daiso yang berada di bawah Mr Diy tu.Wah,ini sudah bagus.Dapat cuci mata di dua tempat kegemaran sekali gus.Memang tak membeli-belah sangat sebab masih dalam keinsafan,jangan membazir.




Lihat peta ni,dah dekat dengan Ikea...memang tergugat imanlah kalau dapat pergi sendiri ke Ikea...


Rabu, 5 November 2014

Jalan-jalan di Mr Diy Kota Damansara

Lepas waktu sekolah semalam,saya ke Mr Diy Kota Damansara.Waktu SPM macam ni,bolehlah jalan-jalan selepas waktu sekolah kerana pelajar bersekolah mengikut giliran dan kebiasaannya tak ramai pelajar yang hadir.Jadi,tak perlulah nak membuat persediaan mengajar untuk kelas.Masa peperiksaan barulah boleh lega sikit kerana tak perlu bersusah nak membuat persediaan mengajar.Nak masuk ke kelas perlu membuat persediaan terutama dari segi bahan yang nak dibawa.Sekarang,tak boleh nak cakap-cakap saja dalam kelas,nanti pelajar akan berkata cikgu tak mengajar tapi bersembang saja.
Tanpa bertangguh lagi,Mr Diy yang  berada dalam bangunan Aeon Big diterjah.Dahulunya bangunan tu dikenali sebagai Carrefour.Sangat mudah nak ke sana.Saya yang pertama kali pergi pun boleh jumpa bangunan tu tapi mesti cuba belajar memahami jalan dengan peta dulu.Misi kali ini tetap sama,nak mencari pelekat warna-warni tu di samping nak belajar jalan-jalan sendiri supaya kenal jalan.Cuti sekolah yang panjang nanti senang sikit nak jalan-jalan.Itu saja cara untuk menambah kemahiran memandu.Kalau takut sangat,memang takkan pandai.

Menarik juga bangunan ni dan memang sesuai untuk membawa anak-anak.Bila cuti nanti,bolehlah saya bawa anak-anak ke sini.Bangunan ni lebih menarik berbanding Space U8 tu.


20 minit dikenakan bayaran RM4 untuk seorang.









bahagian kegemaran...tak banyak corak kali ini.mana-mana Mr Diy pun macam tu juga sekarang..tunggulah stok baru,mungkin banyak pilihan coraknya.


bekas plastik ini saja yang ada.bekas yang berpenutup tak ada.Kalau nak tambah koleksi,kena pergi banyak Mr Diy.Kebanyakan barang tak sama di setiap kedai