Semasa saya sedang menulis anekdot ni,memang hujung tahun.Sebelum saya bercuti ke Sabah pada tahun lepas,saya sempat hantar karya ni.Kesemua lima karya yang tidak melebihi 500 patah perkataan seperti yang dikehendaki oleh penerbit dapat ditulis dengan baik apabila memperoleh 'punchline'.Bila dah hantar karya,baru terfikir ada beberapa karya yang tidak menepati tema.Berserah sajalah bila karya telah dihantar.
Jika boleh diedit,penerbit akan menerimanya.Jika tidak sesuai,nama akan dicantas awal-awal lagi.Tidak lama kemudian,saya dimasukkan dalam kumpulan 'WhatsApp' Ragam Cikgu-cikgu.Alhamdulillah,karya saya telah diterima.Setelah dimurnikan oleh penerbit,karya makin selari dengan tema.Bukan mudah kerja seorang editor.
Anekdot merupakan genre yang ketiga selepas penulisan cerpen dan kisah hidup.Memandangkan saya guru Bahasa Melayu,kesalahan bahasa dapat saya kurangkan tetapi jalan cerita ada kalanya tak nampak untuk jadikannya menarik.
Disebabkan kakak di sebelah saya akan pencen pada tahun hadapan dan kebetulan pada masa itu dia bertugas mingguan,saya gunakan namanya.Untuk meletak nama seseorang yang dekat dengan kita dalam karya,cerita mesti memaparkan unsur baik sahaja supaya dia tidak terpalit dengan imej buruk.
Sebenarnya,dalam tulisan saya perkara yang tidak elok ditulis sepintas lalu saja dan tidak pula disebut nama.Kadangkala kisah buruk tidak dapat dielakkan terutamanya berkaitan penulisan kisah hidup,cuma tak perlu dipanjangkan hal itu dan sebut secara umum sahaja.
Dua-dua dah pencen
Nota kaki;Saya sedang menunggu dua lagi buku yang bakal diterbitkan tentang guru.Satu karya masih penerbitan KTR dan satu lagi buku kisah hidup tentang gelagat 3 UIAM,ada panduan menulis ringkasan dalam tu.











