Memaparkan catatan dengan label USM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label USM. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Oktober 2020

USM Tetap di Hati

Saya tertonton drama bersiri Isteri Sepenuh Masa di YouTube. Terperasan ada pusat pengajian yang seakan-akan di USM dalam drama tersebut. Mata mulanya nak meneropong lebih lanjut. Dah lekalah pula dengan drama tu.

Ya Allah, rindunya bila mengenangkan zaman belajar dulu. Orang kata, pengalaman di bangku sekolah sangat seronok tetapi pengalaman di u lebih seronok. Saya yang tidak mempunyai kawan lelaki semasa d u pun terasa seronoknya.Rindu akan kenangan semasa melalui pokok-pokok di depan DTSP untuk ke Desasiswa Permai.Rindu juga melalui jalan di Tasik Harapan dari kedai Sungai Dua untuk ke Desasiswa Aman Damai.

 Melepak di perpustakaan dan terasa terkejar dengan penjaga perpustakaan di red spot pun ada dalam kenangan juga. Bila masuk red spot, buku dah tak boleh nak belek-belek. Dah jumpa, terus  ambil dan berlalu dari situ.Saya ni nak membelek-belek juga dulu. Itu yang selalu kena jeling dengan pustakawan yang bertugas.

Selepas kelas B1, lepak sekejap di VC Rock sebelum balik.Maklumlah tempat tu di atas bukit. Jika saja-saja nak datang dan lepak di situ,memang tidaklah.Masa itu tiada lagi bangunan berkembar depan VC Rock tu,maka nampaklah Jambatan Pulau Pinang dengan jelasnya.

Dua tahun lepas, sempatlah ke sana.Masa tu baru saja semester dua bermula.Pergi pada hujung minggu,memag tak ramai pelajar tambahan masa tu baru saja pendaftaran untuk semester dua.






Ahad, 23 September 2018

Rindunya USM


Setahun sebelum konvo,saya sempat meninjau-ninjau di gerai yang ada.Antara yang menarik,pakai baju   Jepun dan Cina ni.Tahun saya konvo,masa agak singkat kerana masa tu saya sudah mengajar di pedalaman Sabah.Cuti pun tak lama.Tak sempat nak berseronok seperti ini.
Bila teringat kampung,datang sini,VC Rock ni dan lontarlah pandangan ke jambatan Pulau Pinang tu.Seakan-akan imaginasi berjalan melalui jambatan tu dan sampai ke rumah.Harapan orang tua memberikan semangat untu terus gigih belajar.Sepanjang di USM, saya belum memiliki teman istimewa.Makanya,datang ke sini bukan untuk berpacaran tapi melepaskan tekanan yang ada..
Gambar kenangan semasa menuntut di USM dulu.Ada hikmahnya saya seorang diri tercampak ke sini.Belum habis Latihan Mengajar(LM),saya sudah mendapat surat penempatan di Sabah.Tamat LM,tiga minggu berehat,saya terus ke Sabah.Selepas mendapat gaji,saya terus berpeluang berbakti kepada ibu bapa dengan menghulurkan wang belanja kepada mereka.Alhamdulillah.
Di USM juga saya berkenalan dengan suami.Berkawan di alam maya memang banyak dugaannya.Dia di Selangor, saya di Penang.