Khamis, 2 Januari 2014

Hari Pertama Sekolah

Hari pertama persekolahan anak-anak,penat mengalahkan hari pertama saya ke sekolah.Hampir jam 7 pagi,semua dah keluar rumah dengan dua buah kereta.Saya hantar anak yang sulung ke sekolah agama,suami pula hantar anak yang kecil  ke taska dan kemudian ke sekolah.7.40 pagi baru saya sampai di sekolah rendah untuk melihat anak yang kedua masuk Tahun 1.Disebabkan Adib ada masalah pertuturan,maka kami menghantarnya ke kelas khas,di sekolah yang sama.Jika dah melepasi tahap yang dikehendaki,barulah boleh masuk kelas biasa.Pada mulanya,juru terapi percakapannya memang kurang bersetuju Adib ditempatkan di kelas khas kerana dia memang pandai cuma bermasalah untuk bercakap.Buat masa sekarang,biarlah dia menyesuaikan diri dulu di alam persekolahan tu.
Di kelas khas,mereka dibahagikan kepada tahap 1,2,3,dan 4.Di dalam kelas yang menempatkan 8 orang(paling ramai) murid,Adib diam sahaja.Nampak ok saja.Perangainya di rumah dan di sekolah agak berbeza.Alhamdulillah,pandai pula dia kawal diri apabila berada di sekolah.Di rumah,dia memnag tak boleh duduk diam.
Apabila waktu rehat,dia diberi makan kerana semua murid kelas khas disediakan makanan percuma.Hari ni,menunya nasi lemak.Memang dia makan tapi telur tak dimakannya,maka kakak di sebelahnya yang tolong habiskan.Oklah tu,tak membazir.Bab makan,dia cerewet sedikit.Pandai dia letak pinggan dan cawan ditempatnya setelah habis makan.Adib memang makan cepat,nasib baiklah dia tak merayau-rayau apabila dah habis makan kerana orang lain masih makan,dia dah tak ada apa-apa nak buat.Duduk termenunglah dia di bangkunya tu.
Selepas habis rehat,saya pun balik dan masa cepat sangat berlalu,habis makan saya ke sekolah agama lagi untuk ambil Ammar.Urusan van dan taska belum selesai kerana ayahnya yang uruskan.Dah masuk tahun ketiga Ammar bersekolah,tak pernah lagi urusan van dan taska selesai awal tahun.Taska sebelum ni dah ditutup,jadi kena cari taska baharu yang ada kelas mengaji dan membaca untuk Adib.Jika di rumah,Adib langsung tak mahu belajar,jadi alternatifnya mesti cari taska yang boleh mengajar sekali.
Tak sampai 1 jam di rumah,kena keluar lagi untuk ambil Adib.Sangkakan keluar jam 12 tengah hari dapatlah letak kereta di tempat yang dekat.Apabila sampai di sekolah,banyaknya ibu bapa yang dah sampai di sekolah.Parkir yang dekat semua dah penuh.Sementara menunggu Adib balik,sempatlah meninjau-ninjau kelas Ammar,3 Fitrah.Kelasnya terpisah dengan kelas-kelas lain,terpaksalah meninjau-ninjau banyak blok bangunan.Itu yang buat badan sangat kepenatan.
Itu episod hari ini,esok episod saya pula yang masuk ke kelas.















2 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang seronok...ibu bapa yg sangat teruja melihat reaksi anak2 masuk sekolah.tak percaya jalan raya masih lengang walaupun hr kedua persekolahan

      Padam