Khamis, 5 Januari 2012

Pengalaman Bersalin Kali Ketiga:Pedihnya Perut!

Akmal divakum kerana posisinya masih di atas tapi air ketuban sudah pecah.Menjadi tanda tanya doktor juga ni..
Wajah Akmal sehari kemudian..dibedung dgn kain bedung hospital

Tak perasan pula tajuk entri sebelum ni bertajuk Tahun Baharu di PPUM.Rupa-rupanya nak memberi petanda bahawa saya akan menyambut tahun baharu di hospital.Sekadar membuat catatan terhadap pengalaman bersalin kali ketiga.

Pagi:
Hari ni suami tak bekerja.Pada sebelah paginya sempatlah suami membeli peralatan sekolah Ammar dan membawa saya ke bank sebelum solat Jumaat kerana kad ATM telah buat hal.Satu jam menunggu giliran,pertukaran kad tidak juga dapat dibuat kerana saya terlupa membawa buku bank.Sebagai alternatif untuk membaik kerosakan cip pada kad atm,pekerja bank tersebut hanya memadam cip tersebut dengan menggunakan pemadam.Jika boleh digunakan,tidak perlu ditukar yang baharu.saya hanya berharap agar menjadi kerana leceh pula nak ke bank selepas solat Jumaat dan membuat kerja dua kali.Alhamdulillah,kad tersebut boleh digunakan.Sebelum ini ada juga saya melihat pekerja bank berbuat demikian untuk membaik cip pada kad atm tapi tak terfikirlah pula cara ini.Selepas itu sempatlah singgah di kedai bayi untuk membeli beberapa kelengkapan bayi.

Lewat petang:
Saya keluar untuk mengambil serai yang ditanam di luar pagar kerana nak memasak tomyam.Dua hari tak memasak,kasihan pula melihat anak tak makan nasi terutamanya yang kedua kerana dia hanya suka makan nasi putih.Nasi goreng tak dimakannya.Menurut mak mentua,kalau dah rasa malas nak ke dapur,itu tandanya dah tak lama lagilah nak bersalin.Wallahualam.
Kebetulan pula jiran yang bekerja di PPUM ada bersembang di luar pagar,saya sempat bersembang untuk bertanya tentang wad untuk satu orang di wad bersalin PPUM.Itupun setelah membacanya di internet.Bila dah maghrib baru memasak,maka makan malam agak lambat sikit,lebih kurang jam 9 lebih.

Malam:
Lebih dalam jam 9.15 baru makan malam.Lepas makan,nak kena menyeterika pakaian sekolah Ammar kerana esok pagi dia mula beroreintasi.Jam dah 10 lebih tapi kedua-duanya tak mahu tidur lagi malah asyik menonton tv saja.Memang rasa malas nak menggosok baju,tapi kalau tak dibuat sekarang,nanti kelam kabut pula.Bila saja saya bangun dari kerusi,tiba-tiba ada air keluar dari paha.Sempat pula Ammar bersuara:Ummi kencing ye bila saya menjerit.Macam manalah tak menjerit,saya sentiasa berdoa supaya bersalin pada tahun baharu tetapi belum lagi tahun baharu muncul,tiba-tiba air ketuban dah pecah.Dahlah beg pakaian saya tidak dikemas lagi,air ketuban tak henti-henti keluar.Itulah yang buat keadaan jadi bertambah cemas.Hampir 12 malam, kami bertolak ke PPUM.12.30 tengah malam dah sampai PPUM,terus masuk bilik bersalin. Dalam hati,harap-harap biar dapat ditunggu hingga tahun baharu.Apabila masuk saja doktor untuk memeriksa,tak boleh simpan lagi ni.Pagi ni juga kena caesar.Ya Allah,ralatnya rasa tapi apakan daya.Lepas tu datanglah pula doktor bius bertanyakan perkara yang sama.Dia juga bertanya sebab saya diberi bius penuh semasa kelahiran yang kedua dulu.Entahlah,saya pun tak pasti.Kali ini saya akan diberikan bius separuh badan dan epidul.Mendengar kata-kata itu,saya teringat akan cerita tentang yang pernah didengar mengenai pesakit yang dibedah hidup-hidup apabila ubat bius belum lagi berfungsi sepenuhnya,operasi pembedahan telah dilakukan.Mengingatkan cerita itu saya menjadi ngeri dan bimbang.Disebabkan makan malam agak lambat,maka pembedahan akan dilakukan pada jam 3 pagi.Pada masa inilah mula terasa nak membuang air besar tapi tak juga keluar-keluar.Tetapi disebabkan ada satu kes kecemasan,pembedahan ke atas saya ditunda pada jam 4 pagi.

Operasi pembedahan:
Bila saja nak ditolak ke Dewan Bedah,tiba-tiba hilang rasa nak membuang air besar.Kali ini memang sangat mendebarkan apabila masuk ke Dewan Bedah.Apa sebabnya tak pasti.Masa saya diberi bius,saya hanya dapat berdoa saja supaya semuanya berjalan dengan lancar.Agak lama juga setelah ubat bius berikan,saya masih dapat merasa kesakitan apabila doktor cuba memastikan saya betul-betul bersedia untuk dibedah.Doktor juga agak hairan sebab ubat bius tersebut mengambil masa yang agak lama untuk berfungsi dengan sepenuhnya.Semasa pembeahan dimulakan,saya dapat rasakan sesuatu di perut tetapi tidak sakit.Mungkin pemotong yang berelektrik digunakan untuk 'membuka jalan' di perut kerana terasa semacam sahaja di perut.Tak pula saya bertanya kepada doktor alat yang digunakan tapi saya memang tidak berani untuk berhadapan dengan keadaan itu.Nasib baiklah ada kain di depan saya yang menghalang pandangan untuk melihat kerja-kerja doktor.Semasa bayi ditarik keluar,saya dapat rasakan keselesaan di perut.Mungkin inilah yang dirasakan oleh ibu yang mengalami proses bersalin secara normal apabila bayi mula keluar dari rahim.Apabila tiba sesi untuk menjahit tempat pembedahan,saya dapat rasakan kesakitannya.Terasa pedih-pedih di perut walaupun tidak ketara.Namun,saya masih boleh bertahan.Menurut doktor,saya sepatutnya tidak akan berasa sakit sepanjang peoses pembedahan dijalankan tetapi kuasa Allah menidakkan situasi itu.Mungkin pertahanan badan setiap orang tidak sama,saya terpilih untuk berasa sakit semasa menjalani pembedahan.Mungkin inilah yang menjadi petanda kebimbangan saya tadi.Perasaan berdebar-debar lagi kerana saya belum mengetahui jantina anak saya.Memanglah semasa ultrasound dibuat,jantinanya ialah lelaki,tetapi manalah tahu,keajaiban berlaku.Semasa saya ditunjukkan jantina bayi,saya reda bahawa itulah hakikatnya.Tiada juga keajaiban yang berlaku walaupun ini kali ketiga saya mengharapkan dapat bayi perempuan.Setelah operasi selesai dengan selamatnya,doktor bius meminta maaf kerana saya terpaksa melalui kesakitan semasa pembedahan.Sebagai seorang yang profesional,dia menurut kata-kata saya untuk melengahkan pembedahan apabila saya mengatakan saya masih boleh berasa sakit apabila dicubit dan meminta maaf dengan saya kerana apa yang berlaku tidak seperti kebiasaannya sudah memadai.Hal ini kerana terdapat sesetengah golongan profesional yang langsung tidak mahu merendah diri dan sangat berbangga dengan kedudukannya.Saya tidaklah menyalahkan doktor tersebut kerana dia telah cuba buat yang terbaik,cuma rezeki saya saja pada hari itu untuk melalui pengalaman sebegitu yang tidak semua orang akan melaluinya.Enam jam kemudian,ubat bius akan hilang dan saya diletakkan di bilik bersalin yang dikhaskan.Sebelum ini,tiada pula bilik sedemikian.Disebabkan kencing yang tidak mencukupi,jam 5 petang barulah saya dibawa ke wad bersalin itupun setelah memujuk doktor bahawa saya belum melihat bayi lagi.Semasa di Dewan Bedah,saya hanya dapat melihat jantinanya saja tanpa sempat melihat mukanya kerana sekejap sahaja bayi itu ditunjukkan kepada saya.

Muhammad Akmal Fathi(2.945 kg):menyempurnakan
Apabila ujian ultrasound mengesahkan jantina bayi dalam kandungan ialah lelaki,saya mencari-cari nama yang sesuai.sebelum ini,suami hanya menerima saja nama yang saya berikan,mungkin dia sendiri malas nak berfikir soal remeh seperti ini.Akmal merupakan nama yang akan diberikan jika lelaki dan jika perempuan,saya juga sudah mempunyai namanya.Jika difikirkan semula apa yang telah berlaku dalam seminggu ini,nama Akmal memang sesuai kerana kelahirannya walaupun pada penghujung tahun 2011 iaitu pada 31.12.2011 pada jam 4.20 pagi,namun telah menyempurnakan urusan suami pada 4.1.Sesungguhnya ada hikmah di sebalik kelahiran awal Akmal kerana pada 3.1,saya sudah boleh keluar wad.(Sejak bersalin kali kedua dulu,saya mesti tinggal di hospital selama 5 hari selepas bersalin memandangkan saya mempunyai masalah jantung)Itupun setelah memujuk doktor supaya membenarkan saya keluar wad awal memandangkan 4.1 merupakan hari pertama persekolahan Ammar masuk darjah satu.Sudah pastinya keadaan akan kelam kabut jika pada hari itu saya masih berada di wad.Saya sendiri juga ingin melihat reaksi anak sulung masuk darjah satu meskipun tidak berkemampuan untuk menghantarnya ke sekolah dan melihat situasi yang dialaminya di sekolah.

21 ulasan:

  1. takut baca kisah sis bersalin anak ketiga ni.. operet tp masih terasa cara pembedahan.. cian sis.. anyway singgahla blog saya jugak.. leh baca kisah saya bersalinkan anak sulong saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak bermaksud nak menakutkan sesiapa yang membaca.tetapi kebanyakan org akan merasai sakit pembedahan tu jika dah melalui banyak kali.(andaian dibuat setelah berkongsi pengalaman dengan beberapa rakan yg lain)mungkin sebab itu agaknya doktor cadangkan hanya 3 saja...

      Padam
    2. mmg sakit kalau kali ke 3!!!! serikkkk

      Padam
  2. Assalamualaikum,saye telah mengalami 2 pengalaman bersalin secara czer,dan anak yang ketiga nie jugak akan menempuh pengalaman yangg sama seperti abang dan kakaknya.Takut itu mesti ada,tapi saya serahkan kepada Allah yang telah mengatur yang terbaik untuk saya dan bakal Daie saya,insyaAllah.doakan saye agar dipermudahkan untuk bersalin secara czer pada bulan awal bulan Disember 2012.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam...perasaan kita yang cemas sebenarnya menyebabkan kita menjadi sangat takut.yang penting berdoa dan ingat selalu kepada-Nya.INSYA ALLAH dipermudahkan

      Padam
  3. saya 1 czer kedua czer gak kedua2nya emergency..blh ke yg ke 3 besalin normal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya doktor memberi peluang untuk bersalin normal untuk kali kedua.apabila sudah dua kali pembedahan,rasanya-rasanya kali ketiga memang akan pembedahan juga..tak pasti pula boleh normal atau tidak untuk kali ketiga tu..

      Padam
  4. Thnks sbb berkongsi pengalaman sis...wlau dh bersalin czer 3x, mungkin pengalaman nye berlainan...yg penting bby dan ibu selamat dan sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...tiga kali bersalin cara yang sama tetapi pengalaman memang berbeza...itulah pengalaman

      Padam
  5. Pengalaman sy dh 4 kali bersalin secara pembedahan..setiap satu mmg pengalaman yg berbeza dan hanya Allah SWT yg maha mengetahui perasaan kita sewaktu berhadapan situasi itu..syukur,semuanya slamat..alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2pun kita kena berserah kepada-Nya di samping..syukur alhamdulillah,walaupun sama cara tapi berbeza pengalamannya...

      Padam
  6. terima kasih berkongsi pengalaman. saya pon akan bersalin secaramceasar utk kali ketiga. seram mmh seram juga kalau igt proses nak bersalin nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. seram disebabkan kita disogokkan dengan berbagai-bagai cerita tidak menarik...apa2pun yakin kepada-Nya..

      Padam
  7. thanks sis cerita pglmn bsalin czer 3x.. sy berpglmn merasai czer ms bsalin ank sulung. selesai pembedahan sy mgalami tumpah darah yg byk. doktor ckp baby sy besa 4.3kg ms dlahirkn myebbkan rahim sy lmbat kecut. smpai skrg rs takut nk preggy lg......

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga saya mendengar orang dah serik untuk mengandung kali kedua gara-gara pengalaman perit semasa mengandung dan bersalin tapi lepas juga untuk anak yang kedua dan ketiga...semuanya atas kehendak-Nya...moga2 dipermudahkan nanti...

      Padam
  8. salam sis..
    saya nak tanya sis hari tu czer kali ke3 ke? kalau kat PPUM kena ikat peranakan x kalau czer kali ke 3. TQ sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kali ketiga.Memang ikat...

      Padam
    2. mmg czer sampai 3x je boleh eh?sbab doc mmg suruh ikat..

      Padam
    3. Satu lagi faktor,saya dah operat jantung kerana mengalami jantung berlubang...sekarang alhamdulillah...

      Padam
  9. masa anak sulong sue bersalin czer juga.
    agak tak selesa kena pakai tiub kencing

    masa operate memang rasa doktor belah perut, godek2 perut keluarkan anak.

    apa2 pun bersyukur kerana dipermudahkan urusan bersalin

    skrg anak dah 5 tahun :)

    BalasPadam