Akhirnya berakhir juga kalut hujung tahun yang macam tahun-tahun lepas.Hujung tahun saja,mesti kalut.Semalam,sekolah adakan majlis memasak bubur asyura 3 versi.Kebetulan bulan muharam pada hujung tahun,maka sambutannya juga hujung tahun.Walaupun agak terkilan sebab tak berkesempatan untuk menolong kerana banyak kerja yang tidak siap lagi saat-saat akhir nak cuti sekolah,dapat juga merasa bubur asyura versi pantai timur yang dah lama tak merasa.
Minggu akhir ni,tema ungu,semua baju warna ungu.Sebelum ke sekolah bergambar dulu.Tak pernah dibuat orang tapi saya buat.Cuti ni,banyak perkara yang nak dibuat.Agenda cuti-cuti Malaysia memang tak ada dalam kepala sebab saya bukan kaki jalan-jalan.Tapi saya akan bawa anak-anak ronda-ronda,jalan-jalan.Bila lagi nak mahir bawa kereta kalau asyik tak berani jalan jauh,kan? Moga dipermudahkan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan