Sabtu, 10 Januari 2015

Resepi Ikan Masak Asam Pedas

Dah lama saya mencari resepi ikan masak asam pedas ni.Masakan ni selalu dimasak oleh mak masa remaja dulu.Saya yang hanya tukang kacau-kacau masakan di dapur hanya ingat-ingat lupa saja cara memasaknya.Nasib baiklah jumpa resepi ni.Dah dua hari nak  cuba memasaknya tapi tak jadi-jadi kerana stok ikan memang bukannya selalu ada di rumah.Jadi,resepi ini untuk disimpan dulu.Bila dah ada ikan,bolehlah cuba.Selalu ikan keli digoreng saja,kali ini boleh dimasak asam pula.Sumber resepi ni, di sini.

Bahan-bahan:
@ikan siakap/keli/kembung/ - cuci bersih 
* ulas bawang merah
* inci kunyit hidup
 * lengkus muda
* biji cili padi merah  
* cili kering dikisar (rebus cili kering dan kisar)
@1 kuntum bunga kantan
@daun kesum –
@asam keping
*3 cawan air sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa

Cara-cara memasak:
1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2. Masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.

3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekita 8-10 minit saja 

2 ulasan:

  1. Saya pun xpenah masak lg, wpun asam pedas antara favorite ensuami.

    Ada rezeki daun kesum n bunga kantan, boleh la buat. Tp slalu lupa, pi buat laksa, haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga kantan mudah dapat tak apa..di sini,harga bunga kantan di kedai RM3 kalau yg besar sikit.yang tak kembang pun RM2...harga dah mahal,terasa sangat mahalnya...

      Padam