Rabu, 16 Januari 2013

Pakaian Sekolah di Karnival

Agak lama juga saya peram idea nak berkongsi cerita mengenai pakaian sekolah anak.Dua tahun lepas,saya membeli pakaian sekolah Ammar di Tesco.Harganya murah tetapi saya dah lupa harganya.Tahun ini,suami beli pakaian sekolah Ammar di Tesco lagi cuma baju sekolah kebangsaannya agak berlainan sikit kali ini kerana tiada poket dan kolarnya agak luar biasa sedikit.Suami tersalah pilih atau memang itu saja pilihan yang ada,tak pasti sebab urusan membeli dibuat oleh suami.
kolar baju yang lembik

tiada poket...
Baju sekolah agama pula hanya dibeli dua pasang saja kerana suami menganggap baju yang saya beli pada pertengahan tahun masih boleh dipakai  padahal baju tu dah singkat.Ammar makin membesar.

Apabila kolar baju dah pelik sikit kerana lembik dan tiada poket,saya membeli dua pasang baju lagi.Pada mulanya nak membeli di Kedai Hari-hari tapi jauh sangat dengan rumah.Saya pun meninjau-ninjaulah di Kedai Karnival.Pada pertengahan tahun lepas, saya ada menanyakan baju sekolah di kedai itu tetapi kualiti kainnya tidak seberapa.Nampak sangat baju murahan walaupun saya tidaklah mementingkan jenama.
Maka,selepas itu saya memang anggap baju sekolah di Karnival tidak elok sangat berbanding Kedai Hari-hari.

Tahun ini,saya dapati baju sekolahnya memang cantik cuma tidak berjenama terkenal.Jenama Cemerlang dilekatkan di kolar baju.Baju daripada kain kapas sudah kehabisan,maka saya membeli baju daripada kain licin yang bersaiz 16 berharga RM 18.90.Biasanya masalah juga nak membeli baju kerana tidak dapat mengagak saiz yang sesuai.Jika di Tesco,saiznya mengikut umur,senanglah sikit.Baju untuk sekolah agama pula saiz 28 yang berharga RM 20.90 sepasang.Jadi,saya tidak perlulah ke Kedai Hari-hari.
baju seragam sekolah dihantar dobi untuk diseterika sahaja..RM 0.80 sehelai  dan mendapat diskaun 10 %.jika 6 kali mendapat perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma bagi 2 kg pakaian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan