Khamis, 6 Disember 2012

Dapur Basah dan Dapur Kering

Memandangkan internet kini sudah menjadi alat untuk mencari maklumat dan catatan saya tentang dapur basah merupakan antara catatan yang suka dibaca,kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang dapur lagi.Ada dalam kalangan jiran-jiran membuat pengubahsuaian terhadap dapur mereka  dengan membesarkan dapur.Tandas yang bersetentangan dengan dapur dialihkan ke bahagian belakang bersebelahan bilik.


Dengan itu,dapur menjadi semakin terbuka kerana penyekatnya iaitu dinding tandas telah dirobohkan.Saya tidak menggemari suasana ini.Jika meletak kaunter bar untuk  menutup pandangan ke dapur,dapur tetap terbuka.Kerja-kerja di dapur dapat dilihat dengan jelas dari ruang tamu.Maka,saya membuat dua buah dapur iaitu dapur basah dan dapur kering tanpa mengubah pelan lantai asal,cuma tambah bahagian asalnya saja.Apakah kelebihan dan kekurangan mempunyai dua buah dapur sebegini?

Sememangnya pada saya ada kelebihannya jika mempunyai dua buah dapur.
a)tempat penyimpanan yang banyak.dengan inilah boleh membeli banyak barang
b)dapur basah tak  dikemas sangat lepas masak pun tak  apa kerana dapur tu hanya untuk tempat masak saja.bersepahpun tak sakit mata sebab terselindung
c)dapur kering tidak digunakan untuk memasak,jadi ruang ini tidaklah bersepah sangat jika tiba-tiba ada orang datang.
d)kerja-kerja memasak agak terselindung 

Kekurangannya:
a)masa penyelenggaraan agak lama kerana kena uruskan dua buah dapur.
b)kos bertambah dari segi kos pembinaan mahupun kos membeli peralatan dapur

Jadi,terpulanglah kepada diri sendiri.Kaji bajet dan citarasa sendiri.Semestinya citarasa dipengaruhi oleh bajet.

Dapur kering
















Dapur basah

kabinet ini digunakan untuk menyimpan barang-barang pertukangan suami


                    depan kabinet mesin basuh
Bahagian atasnya




4 ulasan:

  1. macam best je ada wet kitchen....:)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. best juga sbb bahagian dapur kering tak muat untuk semua peralatan..jadi,bolehlah letak barang2 tu kat dapur satu lagi.selesailah masalah.tapi bab2 nak mengemas,dua hari tempoh hari hanya untuk dapur basah saja.dapur kering,hanya lap2 habuk mcm tu saja.ada pro & kontra juga

      Padam
  2. saya rasa seronok sebab dapur saya memang sambung terus dengan family area, jadi tak rasa duduk sorang2 dalam dapur sedangkan family sedang tengok tv/buat keje dsb. Tapi masa pertama kali ada tetamu datang haritu, rasa kekok pulak sebab dapur tu memang terdedah dgn tetamu hehe. Ada ruang tamu yang depan sikit tapi masih kosong belum ada perabot. tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. He3..saya ni jenis penyegan sikit...kerja2 di dapur nak tersorok...

      Padam