Memandangkan internet kini sudah menjadi alat untuk mencari maklumat dan catatan saya tentang dapur basah merupakan antara catatan yang suka dibaca,kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang dapur lagi.Ada dalam kalangan jiran-jiran membuat pengubahsuaian terhadap dapur mereka dengan membesarkan dapur.Tandas yang bersetentangan dengan dapur dialihkan ke bahagian belakang bersebelahan bilik.
Dengan itu,dapur menjadi semakin terbuka kerana penyekatnya iaitu dinding tandas telah dirobohkan.Saya tidak menggemari suasana ini.Jika meletak kaunter bar untuk menutup pandangan ke dapur,dapur tetap terbuka.Kerja-kerja di dapur dapat dilihat dengan jelas dari ruang tamu.Maka,saya membuat dua buah dapur iaitu dapur basah dan dapur kering tanpa mengubah pelan lantai asal,cuma tambah bahagian asalnya saja.Apakah kelebihan dan kekurangan mempunyai dua buah dapur sebegini?
Sememangnya pada saya ada kelebihannya jika mempunyai dua buah dapur.
a)tempat penyimpanan yang banyak.dengan inilah boleh membeli banyak barang
b)dapur basah tak dikemas sangat lepas masak pun tak apa kerana dapur tu hanya untuk tempat masak saja.bersepahpun tak sakit mata sebab terselindung
c)dapur kering tidak digunakan untuk memasak,jadi ruang ini tidaklah bersepah sangat jika tiba-tiba ada orang datang.
d)kerja-kerja memasak agak terselindung
Kekurangannya:
a)masa penyelenggaraan agak lama kerana kena uruskan dua buah dapur.
b)kos bertambah dari segi kos pembinaan mahupun kos membeli peralatan dapur
Jadi,terpulanglah kepada diri sendiri.Kaji bajet dan citarasa sendiri.Semestinya citarasa dipengaruhi oleh bajet.
Dapur kering



Dapur basah
![]() |
| kabinet ini digunakan untuk menyimpan barang-barang pertukangan suami |
depan kabinet mesin basuh
Bahagian atasnya







macam best je ada wet kitchen....:)))
BalasPadambest juga sbb bahagian dapur kering tak muat untuk semua peralatan..jadi,bolehlah letak barang2 tu kat dapur satu lagi.selesailah masalah.tapi bab2 nak mengemas,dua hari tempoh hari hanya untuk dapur basah saja.dapur kering,hanya lap2 habuk mcm tu saja.ada pro & kontra juga
Padamsaya rasa seronok sebab dapur saya memang sambung terus dengan family area, jadi tak rasa duduk sorang2 dalam dapur sedangkan family sedang tengok tv/buat keje dsb. Tapi masa pertama kali ada tetamu datang haritu, rasa kekok pulak sebab dapur tu memang terdedah dgn tetamu hehe. Ada ruang tamu yang depan sikit tapi masih kosong belum ada perabot. tq for sharing
BalasPadamHe3..saya ni jenis penyegan sikit...kerja2 di dapur nak tersorok...
PadamSaya pun lebih suka ruang dapur basah tersorok, sbb kalau bab masak memasak saya nak ada privasi.
BalasPadamSaya ni kalau tengah masak tak suka org kacau dan memerhati lepas tu memacam tanya tak tambah ramuan itu ini ke.
Tapi kalau nak resepi saya tulis bagi je tak kedekut.
Saya buat dua dapur juga satu tu masak heavy macam rendang, curry, masak jetupat.
Tapi dapur kering masak yg light2 aje.
Saya pun lebih suka ruang dapur basah tersorok, sbb kalau bab masak memasak saya nak ada privasi.
BalasPadamSaya ni kalau tengah masak tak suka org kacau dan memerhati lepas tu memacam tanya tak tambah ramuan itu ini ke.
Tapi kalau nak resepi saya tulis bagi je tak kedekut.
Saya buat dua dapur juga satu tu masak heavy macam rendang, curry, masak jetupat.
Tapi dapur kering masak yg light2 aje.