Jumaat, 2 Mac 2012

Dapur Basah

Sekadar untuk menambah koleksi catatan tentang rumah saya,kali ini saya ingin bercerita tentang dapur basah tempat saya memasak setiap hari.Moga-moga catatan ini akan memberi panduan kepada mereka yang berhajat untuk mewujudkan ruang dapur basah yang menjimatkan wang.

Bahagian dapur basah di rumah saya memang tidak dibuat perancangan yang teliti pada awalnya.Kami juga tidak mengkaji kesesuaian bentuk dapur yang dikehendaki.Sebab itulah ia banyak cacat celanya.Sejak kami mendiami rumah ini,bahagian belakang dapur disambung tanpa mengganggu urusan kami di dapur asal.Pada mulanya dapur basah hanya berdinding setinggi 7 kaki dan beratap saja.Yang penting,beberapa masalah dapat diselesaikan dengan kos yang minima:
@tiada ruang untuk meletakkan mesin basuh,
@tiada ruang memasak yang agak luas
@tiada tempat untuk menyidai pakaian yang terselindung supaya tidak perlu mengangkat kain sekiranya hujan..
@tiada tempat untuk menyimpan perkakasan dapur yang agak banyak seperti kuali,periuk,basin

beginilah dapur basah yang kami kehendaki pada mulanya...ambil gambar drpd google..

                                                       dapur saya sebelum diubahsuai..

Bila dah siap,masalah-masalah tersebut memang selesai tetapi masalah lain pula yang muncul kerana tidak selesanya kerja-kerja memasak di situ kerana:
@akan kena tempias jika hujan turun.
@bila pagi,pancaran matahari akan masuk ke ruang tersebut menyebabkan dapur menjadi panas
@dapur sebegitu yang agak terbuka menyebabkan jiran di belakang boleh nampak kerja-kerja di dapur.Pernah juga semasa saya melakukan kerja-kerja di dapur,tiba-tiba saya terpandang ada lelaki sedang memerhatikan saya.Ya Allah!Takutnya.lagi mengerikan, dengan kepala yang tidak bertudung,saya malu sendiri.
@dengan bumbung yang agak tinggi,kerja-kerja di dapur tersebut pada waktu malam agak mengerikan dan menakutkan.ini memang kes penakut lantaran banyak sangat cerita hantu di tv
@untuk menjemur baju di ampaian belakang juga tidak selesa pada waktu malam.
@sering mengunci pintu dapur apabila tidak berada di dapur kerana bimbang kes kecurian.
@tidak berani nak meletakkan makanan yang dimasak di dapur tersebut
@pernah dimasuki kucing dan berak di situ

Itu belum lagi ditambah dengan table top yang agak tinggi dan singki yang terbalik.Setahun saya bekerja dalam keadaan sebegitu,saya sudah tidak tahan.Biarlah berhabis wang,asalkan keselesaan dan keselamatan saya terjamin semasa melakukan kerja-kerja di dapur basah tersebut.Dalam melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah,sepatutnya dibuat dengan teliti supaya tidak melakukannya dua kali.Kini,saya selesa dengan keadaan dapur basah saya walaupun tidaklah secantik mana.

tempat letak tudung periuk dibeli di Cosway(RM 29.90=tak silap)...table top mesti rendah daripada singki jika menggunakan dapur sedemikian...

terpaksa tambah batu-bata lagi dan pemasangan jeriji bagi menutup dapur.pemasangan jeriji supaya dapur tidak gelap dan memudahkan asap keluar apabila memasak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan