Isnin, 31 Disember 2012

Jalan-jalan Hari Krismas

Kononnya nak mencari tas tangan baharu di Sacc Mall tapi tempat letak kereta sudah penuh..Ramainya orang.Maka,kami ke akuarium berhampiran Wet World.Rupa-rupanya akuarium tersebut sudah berpindah sementara di Seksyen 23 berdekatan Caffour kerana tempat asalnya sedang diubahsuai.Sudah ada Caffour di situ.Ohh lamanya tak sampai di Shah Alam.Sebelum ini,itulah tempat yang saya suka jalan-jalan dulu.Pergi dengan teksi saja.

Seronok sungguh Akmal berada dalam kendongan ayahnya semasa kami singgah di Ole-Ole Shah Alam untuk membeli buku.Masa tu Karangkraf ada buat promosi jualan.Kemudian barulah kami ke Jakel.Sebenarnya dua matlamat saya ajak suami jalan-jalan,nak ke Sacc Mall dan Jakel.Sacc Mall dah melepas,jadi ...Jakel mesti pergi.Ya Allah,jalan sesaknya.Nak cari tempat letak kereta pun susah tapi berjaya juga masuk ke Jakel.Membeli masa maghrib,manalah sempat nak memilih.Hanya sempat pilih kain untuk alas sofa saja.Mahal juga kainnya(RM30 semeter).Susah juga nak cari warna biru.Harap-harap ruang tamu akan ceria sikit nanti.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan