Jika sayang masih ada tetapi kasih sudah pudar, apa kata kita cuba amalkan doa yang saya petik ini. Antara ayat yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita sahaja.
[QS3:31] Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum waallahu ghafu-run rahiim.
Terjemahannya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran, 31)
Hendaklah diamalkan ayat di atas dengan membacanya sehingga akhirnya dan diniatkan selepas membaca supaya hubungan suami isteri atau keluarga rapat dan bahagia serta aman damai. Wallahu ‘alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan