Isnin, 2 Februari 2015

Kelas 3 B2 2015

Semasa perhimpunan pagi tadi,pengumuman kelas paling ceria dan paling tidak ceria telah bermula kerana gotong-royong kelas sudah dilakukan.Masa inilah guru kelas berdebar-debar kerana bimbang jika kelas mereka diumumkan untuk kelas paling tidak ceria.Guru pula yang berdebar-debar sedangkan pelajar tak rasa apa-apa pun.
Tak sangka pula kelas 3 B2 diumumkan kelas paling ceria untuk tingkatan 3.Bila masuk ke kelas,pelajar selamba sahaja.Tak nampak pula mereka seronok atau saja mereka tidak menunjukkan kegembiraan?Apa-apa pun  harapnya biarlah kekal untuk minggu-minggu akan datang.Susahnya nak pujuk mereka supaya rajin menyapu lantai dan lap tingkap kerana dua perkara itulah yang mempengaruhi markah kebersihan kelas.Mungkin mereka jarang-jarang disuruh untuk membuat kerja-kerja rumah,atau saja mengharapkan orang lain membuatnya sedangkan jadual bertugas setiap hari telah pun dibuat.
Kertas dinding berpelekat batu-bata yang tak tahu tempat nak ditampal dihabiskan untuk bahagian ni.Jimat,tak membazir.

 Pelekat rama-rama digunakan untuk menutup kedut di bahagian bawah papan kenyataan kelas.Kedut masih lagi nampak,tapi oklah sikit..

Pinggan plastik yang dah lama beli tapi tak digunakan.Hanya beri dua buah pinggan saja.Masih simpan beberapa lagi untuk deko rumah pula tapi tak tahu pun tempat nak dideko hingga tersimpan beberapa tahun...

Papan kenyataan di bahagian belakang.Border digunakan untuk pembahagi mata pelajaran tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan