Sabtu, 13 September 2014

Berjumpa Rakan Deko

Pada mulanya hanya kenal melalui fb deko sahaja.Pada mulanya tak ada niatpun nak merapatkan hubungan,biarlah kenal-kenal dalam fb saja.Masa hari raya tempoh hari,saya memberi komen tentang gambar yang dipos oleh akak Maimun yang seakan berhasrat nak ke rumahnya padahal tidak bermaksud pun sedemikian.Komen saya pula mendapat ulasan daripada seorang rakan yang juga tinggal setaman dengan saya.Jadi,tiba-tiba terancanglah satu janji untuk ke rumah akak Maimun.Pada masa yang sama,saya mengenali dua kawan baharu melalui fb.
Sabtu lepas baru terlaksana hasrat tu setelah saya sibuk bersekolah pada hari   3 kali Sabtu berturut-turut.Nak ke Puncak Alam pun kena pakai google map,maklumlah tak pernah sampai walaupun dekat.
Alhamdulillah,perjalanan mudah saja.Saya pandu kereta,kawan yang baru dikenali sebagai kak Alina menunjuk jalan berdasarkan penerangan daripada Kak Maimun.Kami berdua saja yang pergi,anak-anak di rumah,suami yang jaga.Memang seronok sekali-sekala keluar untuk aktiviti sendiri.
Tengoklah kereta saya yang diparkir tepi rumah kak Maimun,dari dalam rumah dah nampak kereta saya.
Seronok bertandang ke rumah akak ni kerana kita boleh membelek-belek setiap penjuru rumahnya.Sebelum ni saya pernah pos gambar sarung kerusi dalam blog ini,maka memang peluanglah kali ini untuk saya membelek-beleknya.Rumahnya kemas dan bersih saja.Memang tak banyak barang di dalam rumah kak Maimun ni.Sesuai dengan keluasan rumahnya yang jenis apartment.Kalau nak dibandingkan dengan rumah saya,memang patut anak kata rumah kita macam muzium.Rumah yang kecil,berpada-padalah nak membeli barang tapi bila rumah dah besar sikit,macam-macam nak beli.
Dalam hati:kagum dengan kak Maimun yang kurang nafsu membelinya sedangkan dah 10 tahun dia menetap di rumah tu.Saya suka dengan susun atur ruang-ruang dalam rumah tu.Kedudukan dapur yang tersorok dari pintu masuk tidak memeningkan kepala untuk menghalang pandangan terus ke dapur.




depan rumah.

Nota kaki:mula sedar bahawasanya saya ni suka membeli.baru-baru ni ternampak rak kecil,memang nak beli untuk letak di dapur tapi bila dah  tengok dari dekat,rupa-rupanya rak kasut.Tak jadi beli,kalau tidak habislah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan