Isnin, 15 Februari 2010

KLCC...PENAT YANG DAPAT


Siang tadi saya telah ke KLCC.Andaiannya dapatlah kami anak-beranak menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang luar biasa kerana kali ini kami keluar berjalan-jalan.Biasanya kami di rumah sahaja kerana itu lebih senang,tidak berperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan tidak bermasalah untuk mengawasi anak-anak.

Tiba sahaja di KLCC,gambaran awal yang terbayang di fikiran saya tidak menjadi kenyataan.KLCC penuh sesak.Untuk masuk ke Aquaria,pengunjung terpaksa beratur panjang.Ternyata kedatangan kami tidak kena pada tarikhnya. Cuti perayaan Tahun Baharu Cina mendorong warga KL bercuti dan bukannya balik ke kampung.Disebabkan KLCC penuh sesak, kami mengubah haluan ke taman di sekitar KLCC sahaja. Di situ,anak-anak dapat melihat air pancut dan bermain di taman permainan.

Nampak saja kolam yang penuh dengan pengunjung di dalamnya, anak-anak mula menjerit mahu ikut serta namun permintaan itu tidak diendahkan kami.Di baeah terik matahari,badan sudah penat,tekak mula dahaga namun mereka masih belum diam.Setelah makan tengah hari,kami mula beransur pulang.Tiba di tempat letak kereta, kami gagal mencari kereta.Mana silapnya,saya sendiri tidak pasti.Dua jam kami mengelilingi sekitar tempat letak kereta,namun kereta tidak juga dijumpai.Akhirnya,kami meinta bantuan daripada petugas yang berada di situ.Yang menjadi tanda tanya saya hingga sekarang,mengapa kami tidak menjumpai walaupun agak lama mencarinya?Mungkin bila mata hati telah ditutupkan oleh-Nya,kita mungkin akan hilang arah dan kelu untuk bertindak.Itulah andaian yang saya buat...Apa-apapun,komunikasi amat penting.Malu bertanya,sesat jalan.

Untuk hari-hari yang berikutnya,saya mula serik untuk keluar seperti hari ini.Seharian keluar rumah,kerja terbengkalai tapi badan penat...