Jumaat, 21 Februari 2014

Meja Kerja di Sekolah

Azam tahun ni tak nak letak buku dengan banyak di atas meja.Makanya, hari Rabu baru berkesempatan mengemas meja ni.Baru nampak kemas sikit tapi sistem pemfailan masih berterabur terutamanya kertas:bahan pelajar,kertas minit mesyuarat,kertas edaran mesyuarat dan risalah.Nasib baiklah surat sakit daripada pelajar dapat dimasukkan dengan kadar yang cepat ke dalam fail yang disediakan.Sebelum ini,agak berterabur juga.Dah minta sms saja,rajin pula nak tulis surat.
kertas dinding dah jadi pembalut kerana tak berapa nak lekat.demam kertas dinding masih melanda.pantang nampak kertas dinding di kedai,terus beli...



saya mengajar BM dua kelas.setiap pelajar mesti ada 5 buah buku tulis..mana nak letak kalau tak ada rak ni...

guna troli yang diletakkan di dapur.disebabkan sukar nak cari rak yang sesuai,troli ni pun jadilah..baldi yang digunakan semasa mengecat kelas tahun lepas tak tahu tempat nak simpan,letaklah dulu di bawah meja.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima kasih.masih dalam proses nak kekal sebegini...tahun2 lps,kemas sekejap bersepah semula.kena cekalkan hati supaya sentiasa begini..kalau tak,tak ada makna masuk blog susun atur...nasihat untuk siri sendiri...

      Padam