Isnin, 30 Ogos 2010

Membaca Fikiran



Cuti 3 hari sudah berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya.Harapan untuk menyiapkan penandaan kertas ujian BM tingkatan 4 hanya tinggal harapan.Biarpun tak ke mana-mana,kerja terbengkalai juga.Biarpun begitu,catatan ini untuk merakam rutin harian sepanjang hari Ahad yang lalu.Hati ibu mana yang tidak teruja apabila anak teruna yang baru berumur 5 tahun dapat membaca fikiran ibunya.Memang mengejutkan apatah lagi apabila si anak itu bukanlah si kecil yang telah matang tapi akan matang seperti rakan-rakan seusianya.

Pagi
Bosan kerana berasa tidak selesa makan di meja Jepun anak-anak,saya bertindak mengalih buaian ke laman walaupun tempat yang sepatutnya belum dipersiapkan lagi.Suami masih tidur tetapi anak-anak yang sudah biasa bangun awal sedah kecoh di ruang tamudengan rutinnya.
Melihat saya menolak buaian,Ammar mula bertanya,"ummi nak letak di mana buaian tu?"
"Ummi nak letak di luar."
"Mana muat pintu tu."
Masya Allah,dia boleh terfikir hingga begitu.Kata-kata itu memang mengejutkan.
Sebagai alternatif lain,saya menggunakan pintu sliding untuk mengeluarkan buaian tersebut. Sedang saya terkial-kial untuk menolak buaian tersebut, dia datang membantu.Begitulah selalu.Pantang kalau melihat saya mengemas rumah,dia akan datang menolong.Minat mengemas rumah juga ada dalam dirinya.Alahai Ammar.Melihat abangnya sibuk membantu saya ,si kecil pula datang menyibukkan diri.Kami tiga beranak berhempas pulas.Akhirnya,buaian tersebut berjaya ditempatkan di sisi sliding.Meja kecil yang telah dikeluarkan dari ruang dapur dan ditransitkan di sisi dinding berjaya ditolak ke ruang makan.Sekali si Adib datang menyibuk.Hasilnya,ruang makan sudah ada meja yang sepatutnya berada di situ.Meja Jepun ditolak ke dinding.Maka,kini ruang makan mempunyai kedua-dua meja.


Tengah hari
Masa tengah hari merupakan waktu yang paling seronok melayan mata.Dengan membiarkan anak-anak bermain di aras bawah,saya sempat melayan mata walaupun tidurnya tak selena macam biasa.Celik sahaja mata,Ya Allah!Rumah macam tongkang pecah dikerjakan dua beradik tu.Koleksi novel saya bersepah di lantai,mainannya berselerak juga di lantai.Saya meminta si abang mengemasnya kembali sambil saya juga turut membantunya.Mahu pula dia mendengar kata kali ini.Biasanya ada-ada saja alasannya untuk mengelak.Kali ini dia betul-betul mengemas hingga semua mainannya atau benda-benda lain tidak ada di lantai.Sejak itu,jika dia melihat ada sahaja benda di lantai,dia segera menyimpannya.Bagusnya jika begini selalu.Taklah saya ni pening kepala nak mengemas sepanjang hari.

Malam
Sebelum tidur,sempat lagi dia menyambung mengemas di dalam bilik sedangkan jam sudah hampir pukul 11 malam.Sambil mengemas,sempat lagi dia terfikir tentang barang-barang pertukangan milik ayahnya yang berada di bahagian dapur belakang.
"Mi,barang-barang ayah yang ada kat bawah,simpanlah dalam bilik kat atas tu."
Ya allah,saya memang terkejut kerana itulah yang saya fikirkan tadi.Di setiap ceruk rumah,ada-ada saja barang milik suami yang ditransitkan sehingga naik rimas saya melihat.Saya memang bercadang begitu supaya hanya satu tempat sahaja digunakan untuk menyimpan barang-barang pertukangan suami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan