Isnin, 13 September 2010

Beraya di Besut Lagi(1)




baru sempat bersua muka dengan anakbuah yang baru.Anak kakak yang kedua.
Raya pertama,Adib masih berselera makan sate.Adib dan Ammar bersama dengan sepupunya,Fadhil,Aina dan Adiba.Fadhil yang berummur dua tahun setengah sudah petah bercakap mengalahkan Adib yang dah tiga tahun.
Kubur arwah ayah.Kali ini baru berkesempatan



Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini tiada yang istimewa melainkan sambutan hari raya juga disambut di Besut seperti tahun lepas.Sepatutnya tahun ini kami akan beraya di Kuala Selangor terlebih dahulu,tetapi disebabkan suami terlupa bahawa tahun ini giliran di Selangor,saya bernasib baik dapat beraya di Terengganu lagi.Senyum sampai ke telingalah saya.Bukan tidak diberitahu bahawa tahun ini giliran beraya di Selangor tetapi disebabkan suami telah memaklumkan kepada keluarganya dia akan beraya di Terengganu,maka kata-kata tersebut malu nak ditarik balik.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,bonus untuk saya tahun ni kerana dapat beraya di Terengganu walaupun bukan di kampung halaman sendiri.Tahun ini kami anak-beranak beraya di rumah kakak yang sulung memandangkan rumah kami telah disewakan kepada orang lain.Sejak ayah meninggal hampir tiga tahun yang lalu,rumah itu selalu ditinggalkan kerana ibu telah diajak oleh anak-anak untuk tinggal bersama mereka memandangkan ibu pun agak uzur sekarang.Hari raya pertama,hanya saya sahaja yang tinggal di rumah kakak.Namun, suasana bertukar gamat apabila tiba petangnya setelah adik-beradik yang lain telah datang bertandang.Kebetulan hari raya kedua,kenduri arwah telah diadakan memberi kesempatan kepada kami berkumpul satu keluarga.