Rabu, 24 November 2010

Kenangan Zaman Persekolahan

Sudah dua hari saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Ulser mulut kian baik tetapi semalam memang tak boleh makan nasi.Hanya bihun berkuah sahaja yang dapat ditelan setelah agak kelaparan.Petang ni baru boleh makan nasi.Dua pinggan berjaya dihabiskan.Itupun dengan adanya budu sebagai pembuka selera.Orang Pantai Timur,memang tak boleh berenggang dengan budu.Bila mengawas SPM untuk subjek BI tadi memang bosan. Semalam sempat pula saya mencuri-curi membaca jawapan murid kerana subjek yang saya ajar. Sedikit sebanyak tahu juga cara nak menjawabnya,bila tiba subjek BI,termenung panjanglah saya di dalam dewan tu hingga mengantuk dan nak terlelap.Bila dah begitu,mulalah saya terkenangkan zaman saya menjadi pelajar di tingkatan 4 dan 5 dulu.

Saya menduduki SRP yang terakhir.Berkat kerajinan setelah turun kelas semasa di tingkatan 3,saya berjaya mendapat keputusan yang di luar jangkaan.Maka,terpelantinglah saya seorang diri ke kelas sains sosial.Rakan2 seperjuangan yang lain saya tinggalkan.Bermulalah episod baharu saya bersama rakan-rakan yang baharu.Pada mulanya memang saya sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan keadaan sekeliling.Sampai sahaja seawal pagi,rakan2 tekun menyiapkan kerja sekolah.Jarang-jarang sekali mereka bersembang kosong.Maklumlah kami amat takut dengan cikgu yang mengajar kami terutama kepada cikgu prinsip akaun.Jika kami tidak dapat menjawab soalan yang disoal,maka akan keluarlah kata-kata ini daripada mulut cikgu pakar kami, ‘mung sipang nota dale buku,bukang dale pale’(loghat Terengganu).Kini,kata-kata ini saya gunakan kepada pelajar saya pula.

Jika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan,tak dapat pula saya mengingatnya kerana saya tak pernah tak siap kerja.Tak boleh jawab soalan yang ditanya,memang ada.Tetapi renungan mata cikgu Nordin amat kami ditakuti.Pada masa ini,kami memang hanya meniru kerja akaun yang tidak dapat disiapkan.Sambil meniru jawapan daripada kawan,pada masa inilah kami mengenalpasti jawapannya dan tidaklah menru semata-mata.Angka2 yang dibawa ke bahagian debit dan kredit dikenalpasti punca dan sebabnya.

Sekadar melepaskan pandangan ke bangunan sebelah setelah penat berhadapan dengan subjek2 yang agak menderita jiwa kononnya,saya terminatlah pula seorang dengan seorang mamat di kelas sebelah.Maklum sajalah,bila saja pertukaran guru,ada antara mereka yang mula berkeliaran di luar kelas dan bersembang di koridor.Alahai. Pembakar semangatlah konon. Masa ini saya dah dapat menyesuaikan diri dengan rakan2 cuma agak tertekan dengan subjek yang diambil.Hendak ke sekolah pun terasa malas,tetapi saya tidak pernah ponteng tanpa sebab.Bila dah ada ‘secret admire’, semangat untuk belajar tiba-tiba muncul.

Entah dari mana datangnya.Daripada balak itulah agaknya sedangkan dia sendiri tidak tahu-menahu tentang hal ini dan dia pun tak berbuat apa-apa.Pernah juga kami terserempak,tetapi saya buat selama waima hati memang berdebar-debar.Entah macam mana saya membuka mulut kepada rakan2 yang rapat.Alahai,ingatkan boleh berkongsi cerita secara senyap2 tetapi rupanya dah terbocor dan telah sampai ke pengetahuannya.

Aduhai,malunya.Saat ini memang kelakar,bila dia tahu seorang daripada kami berempat meminatinya,pernah satu ketika dia menutup mukanya dengan buku apabila bertembung dengan kami.Pada masa ini,kami memang buat selamba sahaja.Bila habis tingkatan 4,cerita tersebut berakhir begitu saja dan kami tak pernah bersemuka.Malu…takut dikata perigi mencari timba.Pengajarannya,banyak cara untuk memotivasikan diri,terpulanglah kepada kita untuk memilih caranya,jangan pula mengambil cara yang salah.Seboleh-bolehnya,ambillah pendekatan yang tidak menyusahkan diri.


-kawan2 semasa di t4 dan t5 dulu.sekarang masih berhubung lagi melalui fb-

-semasa di tingkatan 5-kecut perut kalau ada jadual PA