Isnin, 22 November 2010

Selamat Bercuti

Hari Rabu lepas lagi sekolah mula bercuti.Cuti Raya Haji sambung dengan cuti sekolah.Bagi mereka yang tidak bertugas sebagai pengawas SPM,memang dah boleh bercuti.Nampaknya cuti saya hujung tahun ni agak berisi.Terisi kerana bertugas menjaga SPM.Setiap hujung tahun pun,bukannya saya akan balik ke kampung dalam tempoh yang lama bila cuti sekolah.Suami tetap bekerja,jadi saya memang menghabiskan cuti di rumah saja.Menjadi suri rumah sepenuh masa.Bila habis cuti sekolah,anak yang kedua mulalah manja semacam.
Kawan2 yang minta berpindah masih tertanya,ke manakah mereka ditempatkan.Bertuahnya mereka jika dapat mencelah di SMK SU tu.Teringin juga mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah,tapi biarlah dulu.Saya sudah selesa dengan suasana sesi pagi,lagipun saya masih baru di BB,baru setahun.Biarlah berada di zon selesa,barulah berfikir untuk berpindah.Tahun ni tekanan di tempat kerja agak kurang biarpun kerja melambak-lambak setiap hari hingga membawa hujung tahun.Mengajar sesi pagi dalam subjek BM dan sastera tidak memberi tekanan sangat kerana suka dua subjek ini.Paling tidak pun cerita di tv masih boleh menjadi modal untuk mengajar.Pernah saya menyebut tentang slot lagenda-'Dendam Orang Minyak' semasa mengajar KOMSAS.
Hari ni agak lega sebab hampir semua kerja telah diselesaikan.Barulah kerja mengawas Spm esok akan dilaksanakan dengan senang hati.Nasib baiklah saya bertugas di dewan kali ni.Ulser mulut yang mula menyerang sejak hari sabtu lagi belum juga baik.Nasib baiklah hari ni agak ok,tapi masih sakit.Nak bercakap pun tak selesa.Kasihan kepada anak2,selalu kena marah kerana banyak bercakap.Tak boleh nak bayangkan kalau kena bertugas di bilik darjah, macam manalah nak bercakap dengan mereka untuk beri arahan sebelum memulakan peperiksaan.Apa-apa pun tahun ni banyak certanya untuk diperbaik pada tahun depan.