Ahad, 8 Jun 2014

Dapur Basah Berwajah Baharu Lagi

Lamanya masa untuk mengubah dan mengemas dapur ni.Kerja menampal kertas dinding berpelekat sudah memakan masa satu hari.Mengasing perkakas yang tidak dikehendaki pun memakan masa juga.Kemudian,mencuci dan mengering perkakas juga ambil masa.Mencari perkakas yang berwarna hijau juga ambil masa.Sangat memenatkan namun puas hati kerana terasa cerah sahaja apabila berada di dapur tu.

kertas dinding batu-bata berdaun yang dibeli di Mr Diy,RM 3.50 untuk 2 meter agak susah untuk ditampal kerana sangat nipis.Batu-batanya pun tak sama.Kali ni malas nak cantum bunga kerana hanya ada 4 gulung sahaja,mesti berjimat cermat.Batu-batu yang nak dicantum pun tak tercantum kerana memang macam tu.Nasib baiklah di dapur..
bekas-bekas plastik untuk simpan bahan mentah disimpan di dalam bakul hijau tu supaya tak berhabuk dan semak mata memandang.bakul tu diletak di atas rak..



dulang sudah diletakkan di bawah kabinet kerana berhabuk.begitu juga dengan penutup periuk..

gambar yang diambil semasa proses mencuci dan mengering perkakasan dapur,penuhnya rak pinggan tu


rak pinggan tiga tingkat yang dibeli di KT berharga RM95.50 diharapkan dapat mengurangkan keadaan semak perkakasan dapaur di rak tu... 


Semasa sesi mengemas,suami ternampak banyak perkakasan dapur dibuang.Macam biasalah,dia mengutip semula tapi cepat-cepat saya bersuara:"tak ada tempat nak simpan,abang bukannya suka kemas pun".Isi hati yang berterus terang itu menyebabkan suami tak jadi nak ambil bekas plastik dan mangkuk percuma yang dibuang.Itulah masalah utama menyebabkan proses membuang barang memudahkan kerja. 

4 ulasan:

  1. comelnya wallpaper tu. nampak macam dapur tu duk kat tempat terbuka dengan daun-daun menjalar kat wallpaper tu. comel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa sangka dgn kosnya yg murah pun dpt ubah suasana☺

      Padam
  2. Wah dh cantik! Ak ah kite pun dulu ade penyakit hoarders suke simpan brg. Akhirnya bjaya buang perangai tu hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka simpan brg tak jadi masalah kalau ada tmpt nak letak....blh jadi deko jg tu...

      Padam