Jumaat, 25 Disember 2009

Terimalah Seadanya

Semalam keputusan PMR diumumkan.Anak saudara saya mendapat keputusan yang agak cemerlang,8A 1B.B untuk Pendidikan Islam.Ternyata keputusan itu tidak memuaskan hatinya kerana selama ini dia belum pernah mendapat B untuk PI.Itulah dugaan namanya.

Saya sering mengalami keadaan seperti itu.Namun,apa boleh buat melainkan terima sahaja keputusan itu sambil memujuk hati mungkin ada hikmah di sebalik keputusan yang sebegitu.Dalam melalukan sesuatu,kita perlu reda atas apa yang telah ditetapkan.Semuanya sudah ditulis.

1 ulasan:

  1. tahniah......anak saudara cemerlang dalam pmr.Moga akan terus berjaya.......... anak saya juga dapat 8A......

    BalasPadam