Sabtu, 5 Disember 2009

Sayur Kangkung


Semasa saya berada di kampung suami tempoh hari, saya terpandang kankung yang hidup subur dalam parit. Ini tentu kangkung liar kerana batangnya agak besar.Serta merta saya teringat entri yang pernah dibaca dalam blog Kak Norzailina.


Pada satu hari seorang anak kecil yang menderita sakit perut telah dibawa ke hospital. Dia mengalami cirit birit selama dua hari. Pelbagai ubat sakit perut sudah diberikan tetapi masih tidak sembuh.

Doktor bertanya, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapa anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya cirit birit, dia tak mahu makan, hanya minum susu, tetapi akan muntah semula.

Kata ibubapa anak itu, sebelum sakit perut, anak mereka makan kangkung. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor tidak mampu membuat keputusan tentang jenis rawatan yang diperlukan kerana terlalu banyak lintah.

Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Ia tidak akan mati walau dimasak selama mana pun, apa lagi untuk masakan kangkung yang cepat dan mudah. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, hanya dalam 1 hingga 2 hari lintah itu berkembang biak dengan cepatnya kerana menghisap darah. Jadi, jika hendak memasak kangkung, pastikan batangnya dibelah dua dan dibersihkan betul-betul.



### Beberapa hari selepas membaca entri ini, saya memang tak lalu nak makan kangkung.
Beberapa hari lepas, suami membeli kangkung.Hari ni bila nak masak kangkung, pertama kali saya belah batangnya. Walaupun batangnya kecil,tapi supaya puas hati terpaksa buat juga. Kalau tidak,terbayang-bayang pula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan