Rabu, 27 Oktober 2010

Operasi Buka Kotak

Pertama kali saya mengikuti operasi ini.Berdasarkan surat yang diterima,operasi bermula pada pukul 7.30 di SMK Bukit Gading.Jam 7 lebih baru saya bertolak dari rumah kerana tempat yang dituju tidak jauh dari rumah.Sampai sahaja di sekolah,kebanyakan guru yang ditugaskan sudah sampai.Sebelum memulakan kerja,kami bersarapan terlebih dahulu.Jam 8 pagi barulah operasi bermula.

Semasa sesi taklimat,saya memang tidak memahami apa yang perlu dilakukan sehinggalah tiba waktu praktikalnya.Dengan berbaju kurung,kerja-kerja membuka kotak agak terganggu sedikit kerana pergerakan agak terbatas.Patutlah ramai guru yang hadir berbaju t-shirt dan berseluar.Rupa-rupanya itu jawapannya.Tiga jam operasi mengelaskan soalan2 SPM bagi pusat yang ditugaskan.Kerja ini dilakukan oleh tiga orang setiap kumpulan.Kerja2 mengangkat kotak memang tidak larat dilakukan oleh orang perempuan,nasib baiklah ada lima orang guru lelaki dalam kumpulan kami.Merekalah yang melakukan kerja2 yang berat.

Kemudian,sesi kedua pula bermula iaitu operasi memasukkan soalan2 ke dalam kotak.Sesi ini memakan masa dua jam.Memang penat OBK.Barulah saya faham cara penyusunan soalan peperiksaan dibuat di bilik kebal.Kelakarnya,masa nak balik barulah saya tahu bahawa akak yang agak rapat dengan saya di sekolah tinggal di depan rumah saya.Ya Allah, kecilnya dunia ni.Selama ni saya asyik berbasikal dan menemani anak2 bermain di luar rumah,tapi tidak pulak saya terserempak dengannya.