Sabtu, 26 September 2015

Syahdunya Raya Korban 2015

Pagi Rabu,kek  yang ditempah dengan rakan sekerja sempena hari lahir suami pada Hari Raya Korban nanti telah sampai.Mujurlah kawan  nak buat kek tu sebelum balik ke kampung.Memang tempah dengan rakan kerana mahukan kek coklat sebegitu.Murah pula tu,memang berbaloi.
Malam raya,saya memang tak masak apa-apa kerana masak lebih sikit pada tahun lepas,memang tak habis pun kerana suami selalu ke surau untuk majlis korban. Suami memang akan makan di situ.Setiap tahun pun begitu.Tinggallah saya dan anak-anak di rumah.Makanya,saya akan masak seperti hari-hari biasa.
Pagi raya,kononnya nak makan nasi berlauk dengan ikan keli goreng kerana gulai kuning yang dimasak petang semalam masih ada.Panaskan saja.Sedang panaskan gulai kuning tu,tiba-tiba gas habis.Habis cerita.Hari Raya pula tu.Mana nak cari gas?
Lepas solat Hari Raya,mulalah acara potong kek.Nasib baik ada kek ni.Bukannya senang nak simpan satu hari kek ni.Bising memanjang saja budak-budak.Terpaksalah beli kek kecil yang lain supaya mereka tak bising.Hari Raya pertama tu kami makan kek sajalah.Disebabkan banyak coklat,budak-budak tak bising.Adib pun tak minta nasi.Memang tak berani nak masak ikan keli dalam periuk elektrik.Dibuatnya meletup masa sedang buka tudung periuk tu,memang terkorban betullah.Dahlah pengalaman minyak terpercik masa goreng keropok lekor tu masih meninggalkan parut di muka.
Hari Raya kedua,kedai belum dibuka lagi.Petangnya suami belikan ayam KFC dan saya pula masak sup sayur dalam periuk elektrik.Nak masak banyak lauk,memang taklah.Cukuplah sup sayur tu satu.Malamnya pula,sup sayur tu bertukar menjadi bihun sup.Sedihnya,tulang lembu banyak dalam peti ais tapi tak boleh nak dimasak.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan