Tahun lepas,gigih saya mencari bekas biskut raya setelah pecah satu akibat dibaling oleh Akmal tapi tak juga jumpa-jumpa.Makanya,memang reda dengan 3 beradik sahaja yang tinggal.
Untuk raya kali,usaha mencari ganti bekas biskut tu belum disambung tapi bila dah rezeki,Alhamdulillah...semalam terjumpa di Home Mart tanpa diduga-duga.Tujuan asal ke sana hanya nak mencari penyangkut baju tapi terjumpa benda lain pula.Walaupun harganya agak mahal,RM35 untuk satu set tapi alang-alang dah lama mencari,tutup mata sahajalah.
Ada pelekat di bahagian atas penutupnya
Ada dulang..penutupnya agak kedap.ada satu lagi yang berpenutup bahagian dalam tapi kurang kedap sikit
Pelekat dah dibuka supaya telus ke dalam...



saya kalau cari balang kuih akan cari yang jenis penutup pusing, tak cari yang penutup getah main tekan je tu sebab biasanya tak kedap udara kalau yg murah.
BalasPadamkite beli yang murah je..tu yg cari yang betul2 kedap udara
ini memang penutup jenis pusing.yang satu lagi jenis tekan.yang ini kedap sikit
Padam