Jumaat, 29 Ogos 2014

Pakaian Ambang Merdeka

Sempena Ambang Merdeka, guru-guru digalakkan memakai pakaian bertemakan warna bendera Malaysia.Bila ditilik-tilik baju dan tudung ni saja yang bersesuaian.Baju-baju lain memang warna-warni.Nampaknya tak semua guru memakai pakaian yang mengikut tema hari ni.Saya ditegur oleh KP Sejarah:"kalau ada hadiah, nampaknya boleh menang ni, semua warna ada".Kembang semangkuk jadinya.Bagi yang nak bertema,memang pelik sikit kerana tudung dan baju memang tak bersesuaian.


Pulut kuning ambang Merdeka.

Nota kaki:Sambutan Ambang Merdeka tidak disambut pada 30 haribulan kerana tak nak menyusahkan diri hadir ke sekolah pada hari Sabtu.Sudah 3 kali sabtu berturut-turut dalam bulan ni saya bekerja...


2 ulasan:

  1. Jenuh gak no nak carik baju yang ade kaler tema huhu.. silap haribulan jadi tema traffic light le plak agaga... Jemput singgah: Jom Camping!

    BalasPadam
  2. memang jenuhlah kalau nak cukupkan warna tu...kalau dah pakai keempat-empat warna tu,lepas habis waktu kerja kena terus balik rumahlah...kalau keluar jalan-jalan dengan pakaian macam tu nanti orang lain fikir lain pula ....tiba-tiba terfikir nak beli baju bertemakan merdeka pula

    BalasPadam