Sabtu, 2 Ogos 2014

Anugerah Syawal

Apabila Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Isnin, saya pada mulanya memang menyimpan perasaan reda sekiranya suami mengambil keputusan untuk beraya di Kuala Selangor dahulu bagi mengelakkan kesesakan lalu  lintas memandangkan kami pernah terkena sebelum ini, terlibat dengan kesesakan yang teruk hingga terpaksa berhenti rehat di tepi jalan.
Menjelang malam raya, barulah kami bertolak ke Besut.Nasib baiklah jalan tidak sesak.Perjalanan lancar sahaja walaupun dua kali terbabas jalan.Jam tiga pagi barulah kami sampai di rumah kakak.

Pagi raya,hanya saya dan kakak sahaja yang ada.Adik-beradik yang lain belum sampai lagi.

Makanan wajib pada hari raya,tapai daun getah dan ketupat lemak.Lemang yang dibeli semasa hendak bertolak ke Besut juga dihidangkan untuk raya


Hari raya kedua,kami tak ke mana-mana pada waktu paginya untuk memberi peluang anak-anak bermain dengan sepupunya.Seronok makan nasi dagang yang dimasak hanya 6 minit menggunakan periuk ajaib hingga suami yang sukakan nasi dagang seolah-olah sangat berminat nak membelinya.
Bergambar dahulu sebelum bertolak balik,abang sulong nak ke Pasir Mas,adik akan balik ke rumahnya di KT dan kakak sulong pula akan ke kenduri.Kakak dan abang yang kedua tiada dalam gambar.Walaupun terpaksa menadah air paip di luar rumah gara-gara keputusan bekalan air tangki,itulah anugerah Syawal kali ini.

Tengah hari baru boleh bertolak.Dalam perjalanan,singgah beli barang di tepi jalan.Singgah-singgah tu perkara biasa.Beberapa tahun lepas masa tinggal di Shah Alam,suami selalu juga beli keledek seguni kecil tu.Untuk makan sendiri saja kerana murah tapi sekarang dah mahal,tak jadi nak beli.Teringin budu yang buat sendiri tu tapi tak berani nak beli kerana hanya saya seorang saja yang makan,berapa lamalah nak habis tu...
Perjalanan balik lancar sahaja melalui LPT walaupun orang dah ramai balik ke KL.Perjalanan cepat sedikit kerana banyak mengikut lebuh raya,dari KT hingga Paka kemudian mengikut jalan biasa pula hingga Ceneh Baharu.Dari Ceneh Baharu hingga Karak melalui lebuh raya.Hampir jam 11 malam,sampai rumah.Saya juga antara orang yang awal balik dari kampung walaupun sayalah orang yang paling lambat pulang ke kampung.
Keesokannya,kerja mengemas rumah dan cuci-mencuci sebelum ke Kuala Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan