Ahad, 3 Ogos 2014

PT3 Sejarah

Sebut saja PT3,guru-guru dah tahu.Pelajar yang dipanggil disebabkan urusan kes disiplin pun dapat pelepasan kerana PT3.Hebat betul penangan PT3 ni kerana semua guru memberi laluan untuk menyelesaikannya mengikut waktu yang ditetapkan.
Ibarat Hari Ini Dalam Sejarah saya rasakan pada hari Jumaat yang lepas,makanya saya nak bercerita pengalaman PT3 Sejarah ni.Disebabkan Sejarah tiada peperiksaan bertulis,makanya pelajar-pelajar tingkatan 3 ini diuji dengan menyiapkan satu rencana tentang Perpaduan Kaum.Secara ringkasnya,mereka perlu menulis satu karangan dalam lingkungan 300 patah perkataan.Kalau pelajar tingkatan 4,untuk menyiapkan karangan tu mereka hanya perlukan satu jam lebih saja masanya.
Dalam 6 waktu pdp,secara kasarnya memang boleh siappun tapi tahu-tahu sajalah pelajar tingkatan 3 ni.Mereka sudah dua tahun menjalani PBS,maka otak mereka sudah direkod untuk malas belajar dan berfikir.Apabila ditanya tentang karangan,mereka tidak nampak rupa karangan.Mereka juga tiada dorongan untuk mencari bahan di internet yang berlambak-lambak.Majoritinya begitu,yang rajin mencari bahan tetap ada tapi bilangannya sangat menyedihkan sedangkan guru dilarang menyediakan jawapan untuk pelajar.Tidakkah tertekan begitu?Nak memulakan ayat untuk pendahuluan pun masih ternganga-nganga,inikan pula nak menghasilkan satu karangan yang berformat rencana.
Memang agak banyak yang kena buat tapi mereka tidak juga buat kerja dengan cepat.Semua permasalahan yang timbul mesti diselesaikan sendiri oleh cikgu.Cikgu tidak boleh 100 peratus lepas tangan kepada pelajar kerana masih ada yang buat tak kisah.
Jumaat lepas merupakan hari terakhir pelajar mesti menyiapkan kajian kes mereka.Maka,nak tak nak saya terpaksa memaksa pelajar menyiapkannya.Kelas bermula dari jam hampir 9 pagi hinggalah berlanjutan ke pukul 2.15 petang.

Nota kaki:PT3 memerlukan komitmen daripada semua pihak.Ibu bapa juga memainkan peranan untuk memastikan anak-anak membuat tugasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan