Rabu, 13 Ogos 2014

Kejohanan Balapan

Dalam suasana raya lagi, Sabtu lepas Kejohanan Balapan telah berlangsung.Tahun ini sukan tahunan mencatat sejarah kerana bermula paling lambat dan berakhir paling lambat juga,  hampir jam 3 petang baru tamat.Semua ini disebabkan kejohanan kali ini diadakan di Stadium Kuala Selangor.Jam 10 pagi baru majlis bermula kerana perjalanan ke sana sudah mengambil masa dengan pergerakan 10 buah bas,ditambah pula proses persiapannya.Semua barang keperluan dibawa dari sekolah kerana kami hanya menyewa stadium sahaja.
Pertama kali berlawan di stadium, ramai atlet yang pengsan semasa kejohanan.Sudahlah tiada latihan, mereka juga tidak melakukan aktiviti regangan sebelum acara.Acara kali ini agak ringkas kerana tiada perbarisan rumah sukan dan pertandingan tarik tali tapi acara balapan dan sorak-sorak saja.Rumah Hang Nadim hanya berjaya mendapat nombor ketiga dalam pertandingan Sorak.Keseluruhan acara dimenangi oleh Rumah Hang Jebat.Tahniah.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan