Ahad, 17 Ogos 2014

Perkakas Dapur hijau

Kononnya nak mencari bekas biskut yang dah pecah satu.Tempat lain tak jumpapun yang sama dengannya,maka terpaksalah ke The Store.Pergi hampir jam 10 pagi,The Store tak buka lagi.Kedai-kedaipun tak buka juga lagi tapi dah tak tahu tempat nak tuju,masuk juga ke bangunan The Store tu kerana pintu untuk ke pejabat pos di tingkat dua telah dibuka.
Masuk saja ke bahagian ruang makan di tingkat bawah,kena halau pula oleh pekerja di situ tapi saya selamba saja naik ke atas apabila ada orang lain juga menuju ke atas.Disebabkan kedai tak buka lagi terpaksalah merayau-rayau di situ.Nak merayau-rayaupun tak ada arah juga kerana hanya beberapa kedai saja yang dah dibuka.
Bila dah 10 lebih barulah kedai buka dan masa saya masuk ke kedai tu,pekerjanya belum siap mengemas barang-barang lagi.Sayangnya bekas biskut tu tak ada.Merayau-rayaulah lagi ke tempat lain tapi tak juga jumpa...Geram juga tengok bekas-bekas yang berwarna hijau ni tapi nasib baiklah harganya mahal,tak jadi beli.Kalau murah,memang dah pasti beli.

pinggan kaca...dah berlalu zaman pinggan kaca ni

mangkuk...

senduk...dari Turki


tak kedap udara.nak letak apa ye?

gelas hijau...mahal juga

sekali dengan tempat letaknya tapi kaca..

macam tertarik saja dengan yang ini kerana tempat letaknya tu tapi kacalah pula.hargapun agak mahal...

dulang..tapi kena beli bekas tu juga..warna biru pula,memang tak sesuai dengan hijaupun...

gambar mug ni masa ke Tesco Puncak Alam dulu.mahalnya harga mug-mug ni,murah lagi di Daiso walaupun harga di Daiso dah rasa macam mahal saja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan