Ahad, 21 Julai 2013

Koleksi Novel

Semasa mula-mula terpandang rak ni di Tesco,saya dah jatuh hati tapi tak beli.Lepas tu,mulalah rasa bersalah.Selepas itu,saya membeli 3 rak ini.Satu lagi belum dibuka kotaknya lagi.Sekarang,entah apa angin yang melanda tiba-tiba semangat nak memenuhkan rak ni dengan novel-novel sangat membara.Satu rak dah penuh manakala satu rak lagi hanya tinggal para saja lagi.

Novel di para yang ketiga belum dibaca lagi kecuali Asam Pedas untuk Dia.Cerita tu sangat best kerana saya boleh mengalirkan air mata walaupun membacanya hanya melompat-lompat.Berpuluh-puluh novel saya beli dalam masa yang terdekat ni sama ada pesan melalui Kedai Buku,Karangkraf Mall dan kedai duku di sekolah.

Tak puas hati membeli di Karangkraf Mall kerana caj RM 20 dikenakan berdasarkan beratnya,maka saya ke sana sendiri.Dapat pula diakaun 15%.Saya memang dah ada kad Karangkraf,maka dapatlah 30% diskaun.Dalam banyak penerbitan novel,memang tidak dinafikan novel penerbitan Alaf 21 memang digemari.Apabila membaca SSID(novel-novel yang lain tidak pasti), saya dapati novel penerbitan Karya Seni hanya untuk santai.Jika banyak novel sebegitu,bahasa remaja kita akan hancur kerana banyak bahasa pasar digunakan tetapi tulisannya dicondongkan.Usaha yang bagus untuk membezakan bahasa standard dengan bahasa pasar.

@@Bertanggungjawab menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa tersebut hanya sesuai untuk santai dan berbual saja,bukan untuk ditulis dalam kertas peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan