Ahad, 24 Mei 2015

LADAP KOKURIKULUM

Hari Ini Dalam Sejarah...OOO...Bukan Hari Ini Dalam Sejarah tapi Semalam Dalam Sejarah kerana aktiviti ni dijalankan semalam.Yang sejarahnya kena belajar berkawad.Kebiasaannya murid yang berkawad tapi semalam cikgu pula kena berkawad.Kebiasaannya juga jika pelajar berkawad untuk menyertai pertandingan,cikgu bukannya ajar pun tapi setakat memerhati saja.Mereka yang uruskan sendiri.Biasanya pelajar yang seniorlah yang bantu.Kawad yang biasa pun dah berdebar-debar,ini kan pula nak buat formasi.Alhamdulillah,ok saja latihan semalam.
Ladap ni ada 3 sesi semuanya..

Ceria saja pagi ni walaupun hari Sabtu...7.30 pagi dah sampai di sekolah...cikgu yang tudung kuning tu baru naik sekolah setelah bercuti 3 bulan,terlajak gembira dia...

Senamrobik dulu...


 Berkawad pula.Gambar kumpulan lain kerana tiada gambar gambar untuk kumpulan sendiri

tiga kumpulan yang ambil bahagian,dapat nombor dua...oklah tu..

Sesi asas mempertahankan diri pula.Cubaan untuk melepaskan diri.Banyak demonstrasi ditunjukkan.




Slot ketiga pula asas rawatan kecemasan.Jika terkena air panas,alirkan air ke tempat yang terkena selama 20 minit...
gunakan buku untuk ampuh tangan yang patah

ampuhkan tangan ke dalam bahagian butang baju untuk lebih keselesaan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan